Sunday 14 December 2014

Travelog#03 - Pengesahan Dokumen

Antara Dokumen yang Diperlukan

Ini adalah senarai dokumen yang perlu ada dan disahkan oleh jabatan kerajaan yang berkaitan. Antara dokumen yg kena disahkan oleh penulis ialah:


  1. Sijil Nikah (Isteri sahaja)
  2. Sijil Lahir (Anak dan adik beradik)
Sijil Nikah

Sijil nikah perlu disahkan di pejabat agama untuk membuktikan bahwa dia (isteri penulis) adalah isteri kepada penulis ni. Isteri penulis bermahram kepada penulis sebab tu kena cop salinan sijil nikah. Perempuan di bawah umur 45 tahun perlu ada mahram untuk pergi umrah. Ini adalah undang-undang kerajaan Arab Saudi berkuatkuasa tahun 2013. Jadi kepada yang berumur bawah tu, kena bawa mahram bersama contoh ibubapa, bapa atau ibu saudara, datuk, suami atau adik beradik. Dan semua sijil lahir atau nikah mereka kena disahkan. Selalunya agensi akan bagitau dan ajar, atau kalau tak reti nak buat suruh jer agen buatkan..tapi ada bayaran tertentu.


Apa jadi kalau perempuan dibawah umur 45 tahun atau lelaki dibawah umur 18 tahun tak bawa mahram yang sah? Jawapnya kedutaan Arab Saudi tidak akan mengeluarkan visa dan anda tak boleh pergi umrah. Jadi sekarang dah tak boleh pergi umrah dengan kawan-kawan macam dulu-dulu, mesti kena bawa mahram. Bagi lelaki bujang over 18 takpa, tapi perempuan bujang kenalah cari mahram.

Penulis buat pengesahan sijil nikah di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memandangkan penulis tinggal di negeri Selangor. Walaupun buku nikah penulis ni dikeluarkan oleh Pejabat Agama Negeri Kelantan, boleh sahaja, asalkan jabatan agama. Kat mana pejabat JAIS ni? Senang jer..betul-betul bersebelahan dengan Masjid Shah Alam @ Masjid Sultan Salahudin di seksyen 14. JAIS terletak di dalam bangunan Sultan Idris Shah.



Ada tiga bangunan dalam tu, pergi cari parking kat depan atau belakang bangunan dan terus pergi ke tingkat 4 di bangunan paling kiri (warna hijau) atau dikenali juga sebagai menara selatan. Lepas tu jumpa pegawai cakap nak buat pengesahan untuk umrah. Tak perlu ambik nombor, tunggu sekejap dan siap.

Sijil Lahir

Mereka yang bawa anak kecil mestilah kena sahkan sijil lahir mereka macam kes penulis ni. Sijil lahir ni hendaklah disahkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Penulis pergi buat pengesahan di JPN Plaza Masalam. Plaza ni dekat dengan masjid dan pejabat Jais jugak...tak sampai pun 200m. Kalau anda tinggal di Selangor, mesti tahu la kat mana Plaza ni. JPN di Plaza Masalam ni ada 2 pejabat, satu diaras 6 dan satu lagi aras 7. Ingat, untuk urusan pengesahan umrah di tingkat 7 bukan 6. Penulis dah sekali kena tipu kat pak guard @ pegawai kaunter pertanyaan di pintu utama. Dengan konfiden dia menjawap soalan penulis..."untuk sebarang pengesahan umrah encik pergi ke tingkat 6". Penulis pun pergi ke aras 6 dan cakap nak buat pengesahan umrah. Pegawai sana pulak cakap kena naik atas satu lagi. Kat sini nak buat IC jer...haru.


Untuk pengesahan ni tak perlu ambil nombor. Serahkan semua salinan dan sijil asal beserta kad pengenalan ibu atau bapa kat kaunter nombor tu, pegawai tu akan bawa semua dokumen tu ke bahagian pengesahan. Nak cop sampai 10 salinan pun boleh, tapi penulis buat 2 sahaja. Tunggu nama anda dipanggil...tak sampai pun 10 minit dah siap.

Inilah rupanya salinan sijil yang telah disahkan.

Wisma Putra

Setelah sijil nikah dan lahir dah disahkan, akhir sekali semua dokumen tu kita kena sahkan sekali lagi di Wisma Putra, Putrajaya. Memang cerewet tapi nak buat macam mana, itu memang proses yang WAJIB kena buat. Wisma ni terletak di Jalan Wisma Putra, Presint 2.



Kat sini memang kena ambil nombor, bila dipanggil serah semua dokumen. Hanya satu salinan sahaja setiap satu dibenarkan untuk dicop. Kalau bagi lebih pun dia tak akan cop. Lepas serah dokumen kena tunggu lagi, nombor yang sama akan dipanggil...siap. Masa penulis buat tu dalam 15 minit sahaja. Semua dokumen yang wajib disahkan oleh ketiga-tiga jabatan tadi adalah PERCUMA.

NOTA: Kesemua dokumen yg perlu disahkan boleh diwakilkan kepada orang lain atau agen

15 comments:

  1. Assalam, nak tanya. yang akan bawa salinan untuk cop tu isteri wajib pegi atau berwakilkan suamipun boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lain boleh tolong buatkan? Contoh, sijil nikah bapa saudara dan isterinya, boleh ke anak saudara tolong pergi sahkan di Pejabat agama?

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. sy pun nak tahu. boleh tak wakilkn org lain ke wisma putra untuk sahkan sijil nikah? sbb kami tggl jauh dari putrajaya..

    ReplyDelete
  4. Wslm...boleh wakilkn shj kpd org lain. Cth mcm famili sy, hanya sy shj yg tlg sahkan kesemua dokumen mereka. Kalau tinggal jauh, boleh minta agensi buatkn, tapi ada upah.

    ReplyDelete
  5. Assalam.. Utk pengesahan di wisma putra, perlu bawa sijil yang asal tak?

    ReplyDelete
  6. Assalam.. Utk pengesahan di wisma putra, perlu bawa sijil yang asal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..bawa semua dokumen asal, tp selalunya pegawai x mintak tunjuk pn.

      Delete
  7. Salam, terima kasih tulis post ni. Memang Sgt berguna. Baru je siap pengesahan kat Shah Alam.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum... sy igin bertanya berkenaan anak sy ni ank angkat ttatpi umur blom 2 tahun lg.. bgaimana caranya untuk membuat visa untuk anak sy ke umrah ya?

    ReplyDelete
  9. yg wisma putra tu utk pengesahan ape ye?

    ReplyDelete
  10. Pergh.sy kena bayar pengesahan kat MAIK...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas peekongsian..amat membantu..

    ReplyDelete