Gua Hira ni terletak di Jabar Nur. Kami dibawa melawat Jabal Nur pada Ahad 15/3/2015. Lawatan ni adalah ziarah pilihan, iaitu jemaah hendaklah membayar RM 25 setiap seorang jika berminat. Kanak-kanak dikecualikan dari bayaran. Mutawif kami merancang untuk pergi di waktu malam, memandangkan dalam kumpulan kami ada yang sudah uzur. Kalau pergi siang, mungkin panas dan boleh mendatangkan masalah kepada mereka yang berumur...mungkin. Dalam semua lawatan ke Jabal, kali ni kami betul-betul mendaki hingga puncak untuk melihat Gua Hira.
Kami bertolak dengan bas lebih kurang pukul 10.30 malam. Driver bas kali ni tak best. Bawa bas laju macam pelesit, sambil merokok pulak tu. Jabal Nur ni dekat je 3.2 km dari hotel Hilton, tapi entah kenapa driver tu ambil jalan jauh, jadi terasa la jauh sehingga lambat sampai ke lokasi.
Jabal Nur. Night mode |
Bas berhenti di bawah. Nak ke kaki bukit kena naik van pulak. Mutawif ada cakap yang kami akan naik 'roller coster' nanti, Rupanya pemandu van tu yang bawak van macam roller coster. Nak ke kaki bukit, mesti melalui jalan yang curam dan berbukit. Ada banyak lereng masa turun, dan masa naik. Masa turun la van tu laju nak ambik lajak sebab nak tambah power, memang laju supaya dapat mendaki naik.
Kalau tak buat cara begini mungkin van tu semput. Hanya 4x4 sahaja tak perlu buat taktik macam tu, boleh naik dengan selamba. Tambah pulak driver van tu macam sengaja bawa laju, sampai kat simpang memang dia sengaja buat konar leper, sampai ramai jemaah yang menjerit...tapi semua rasa seronok. Bukan jauh pun dari tempat bas berhenti ke kaki bukit, jalan kaki pun boleh sampai.
Mutawif ada cerita, Jabal Nur ni adalah bukit yang bercahaya. Kalau nak tengok cahayanya mestilah kena mendaki waktu malam. Tak perlu bawa lampu, tapi boleh mendaki sebab ada cahaya yang terpancar melalui batu-batu bukit tu. Dia sendiri pun nampak macam susah nak bagi kami faham...naik sendiri baru tahu katanya. Di kaki bukit ada jual tongkat, harga antara 10-20 riyal. Siapa yang tak nak naik boleh lepak kat bawah tu. Ada kedai runcit jual macam-macam. Sementara tunggu jemaah turun, boleh makan Indomee.
Kami mula mendaki. Tak sabar rasanya nak tengok Gua Hira. Bermula di sebelah kanan bukit, dah ada jalan tangga dibuat, senang untuk jemaah mendaki. Di situlah kami mula naik perlahan-lahan. Teringat apa yang mutawif cakap tadi, Jabal Nur ni bukit yang bercahaya, tapi mana cahayanya? Tiba-tiba nampak cahaya yang agak terang, banyak pulak tu.
Mungkin itulah cahayanya. Semakin dekat semakin terang. Tapi rupanya tu cahaya lampu orang tengah buat tangga. Penulis tak tahu samada dia tu memang pekerja atau pengemis, sebab lalu je kat situ dia minta upah. Bukan sorang, ramai... dia minta 1-2 riyal sahaja. Tapi kalau nak sedekah semua kat orang ni sehingga sampai puncak, rasanya boleh habis 50 riyal.

Orang sedang membuat tangga |
Kami dah mula berpecah, yang banyak tenaga tu sampai dulu. Penulis ambil masa hampir 30 minit baru sampai ke puncak. Tinggi bukit ni lebih kurang 650 meter. Sampai sahaja di puncak ada gerai jual air, mee segera, pisang dan lain-lain. Penulis rehat sebentar sementara minum air teh susu panas. Tapi yang peliknya, bagaimana penjual tu angkat semua tong dan peti ais sampai ke puncak?
Adakah dia tidur kat situ atau hari-hari mendaki? Mutawif pun tak boleh jawap soalan ni. Kat puncak boleh nampak Clock Tower. Mutawif kata dulu boleh nampak Kaabah, tapi sekarang dah tak nampak sebab terlindung dengan bangunan tinggi sekitar Masjidil Haram.

Zam-Zam Tower dari puncak. |
Permandangan Kota Makkah |
Gua ni bukan kat puncak sebenarnya. Dah sampai puncak kena turun di sebelah sana sejauh 50 meter barulah sampai ke laluan gua. Ada papan tanda untuk ke gua. Sampai sahaja di pintu laluan boleh masuk melalui celah-celah batu. Ada 2 laluan, melalui celah-celah batu tu atau melalui belakang gua. Kalau melalui belakang, sampai sahaja di pintu laluan tu, jalan terus.
Ada penghadang je takda tangga. Penghadang ni sampai hampir ke bumbung gua. Nak masuk melalui situ kena turun dari atas bumbung gua tapi hati-hati sebab takde penghadang, kalau jatuh terus ke bawah...memang curam. Penulis tengok ada satu lembaga kat laluan belakang tu berdiri seorang diri atas batu. Rupanya perempuan pakai abaya hitam...nampak seram.

Laluan ke gua |
Masuk melalui celah batu |
Ni la lembaga hitam tu. Laluan dari belakang gua |
Penulis guna laluan celah batu tu. Hanya muat untuk seorang sahaja. Yang badan besar atau gemuk memang bermasalah. Keluar je dari laluan ni boleh nampak Gua Hira dibawah. Masa tu ada wanita sedang solat kat situ. Gua ni tak besar, boleh muat seorang sahaja untuk solat. Pintu gua mengadap terus ke arah Kaabah. Jadi masuk je boleh terus solat tak perlu cari kiblat. Masa nak keluar, penulis guna laluan belakang, kena panjat atas bumbung gua tu dan turun melalui penghadang belakang...tempat yang lembaga hitam dok berdiri tu. Faham kan?
Gua Hira |
Jemaah wanita sedang solat |
Di sinilah wahyu pertama turun dari suruh Al-Alaq, ketika Rasul saw bersendiri dan bermunajab kepada Allah swt. Rasul saw lari duduk bersendiri di gua ini kerana tidak tahan dengan amalan jahiliyyah penduduk Makkah yang melampaui batas. Siti Khadijah, isteri yang Rasul saw paling dicintai, mendaki di lereng-lereng bukit berbatu yang curam membawa bekal makanan kepada Rasul saw. Begitulah besarnya jasa Siti Khadijah, sehinggakan Nabi mengatakan bahwa dia adalah Penghulu Wanita di Syurga selepas Maryam, ibu Nabi Isa as.
Selama 3 tahun Rasul saw bermunajab, maka turunlah Jibrail as, penghulu Malaikat membawa wahyu pertama: "Bacalah...!", Nabi saw menjawap "Aku tidak tahu". Jibrail mengulanginya sehingga 3 kali. Ketika ini Rasul saw berumur 40 tahun, tidak tahu membaca dan menulis. Kemudian Jibrail membaca surah Al-Alaq 1-5:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah...! Dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak ia ketahui."
Rasul saw ketakutan dan turun dari gua Hira. Dalam perjalanan balik ke rumah, Beliau saw mendengar ada suara yang memanggil namanya "Muhammad!!". Baginda saw berpaling dan terkejut kerana Jibrail as menunjukkan dirinya dengan melebarkan sayapnya. Panjang sayap Jibrail as mencecah sehingga ufuk timur dan barat. Sampai di rumah, Rasul saw menggigil ketakutan dan berkata kepada isterinya Siti Khadijah "Selimutilah Aku". Rasul saw menceritakan pengalamannya kepada Siti Khadijah. Selepas itu Baginda saw naik semula ke gua Hira untuk memahami apakah sebenarnya yang berlaku. Turunlah Jibrail membawa wahyu dari surah Al-Muzzamill 1-5:
"Hai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan Tuhanmu agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah."
Ketika inilah Baginda saw dilantik sebagai Rasul Allah, untuk memberi khabar berita gembira kepada ummat manusia...mengajak mereka beriman kepada agama Islam. Siti Khadijah adalah yang pertama membenarkan kata-kata Nabi saw, dan menjadi wanita pertama yang beriman kepada Allah swt.

Salam bro terima kasih share pengalaman.........inshallah next year January 2020 sy sekeluarga akan pergi Umrah....
ReplyDeleteMacamana nak link kan blog ni dgn Facebook spy ramai boleh baca
ILMU YG BERMANFAAT..TQ
ReplyDelete