Betul ke ladang kurma ni? Sebab penulis tengok takda satu pun pokok kurma yang ada buah. Pokok yang nazak nak mati pun ada. Tak menarik langsung. Tapi dah diberitahu oleh mutawif yang kami akan melawat ladang kurma, anggap sahaja la ianya memang ladang. Kat sini katanya kena melontar batu yang besar-besar, beza dengan pasar kurma. Faham tak maksud dia tu?
Pintu masuk ke ladang kurma |
Ladang kurma ni terletak tak jauh dari masjid Quba, naik bas sekejap jer sampai. Tak ada apa pun kat sini, bukan nak melawat pun tapi sebenarnya singgah sebentar untuk sesiapa yang teringin nak beli kurma. Ada macam-macam jenis kurma kat sini. Kurma yang popupar adalah Ajwa, atau kurma Nabi. Ini berdasarkan sebuah hadis yang popular dari Nabi saw. Nama Ajwah diambil dari sebuah pekan disini. Kat situlah asalnya kurma Ajwa.
Kurma Ajwa |
Pelbagai jenis kurma |
Masuk je entrance, dah boleh nampak orang jual pelbagai jenis kurma. Kalau nak tengok ladang kena keluar kat pintu belakang. Kat situ pun ada peniaga yang jual kurma bertangkai, fresh dari ladang. Ada kopi free, boleh lepak bawah pokok kurma sambil minum kopi. Selain kurma, ada banyak juga produk yang berasaskan kurma seperti kopi, tea dan coklat. Kurma yang di pek dalam kotak pun ada, untuk dibuat hadiah. Semua peniaga kat situ boleh cakap melayu atau indonesia.
Kalau nak test sebijik dua sebelum beli takda masalah, ambil je dan makan. Cukup satu keliling memang boleh kenyang. Peniaga kat situ semuanya tak lokek, cara berniaga kat tanah haram memang macam ni. Penulis ada juga test makan jenis buah kurma yang nampak pelik, nak tahu rasanya macam mana. Kalau nak senaraikan semua jenis kurma memang banyak. Kami ambil kurma muda atau yang masih putik yang dah di frozen, hampir beku. Memang sedap, tak cukup satu, ambik satu lagi.
Kurma muda yang dibeku |
Kat tanah Arab, pergi la mana-mana pun memang ada pokok kurma. Di sini orang tempatan panggil buah Tamar. Kurma menjadi makanan rujin atau harian penduduk Arab. Pokok kurma berbuah setahun sekali sahaja dan memerlukan 4 peringkat sebelum berbuah.
No comments:
Post a Comment