Thursday, 26 March 2015

Travelog#08 - Kursus Umrah

Pihak Andalusia ada meyediakan kursus umrah setiap Sabtu dan Ahad. Penceramahnya berbeza-beza tapi semuanya berpengalaman. Dari awal persediaan sampailah ke akhir, semuanya akan diterangkan. Hukum asas seperti tawaf, saie, bertahalul, haid, tawaf badan (wakil si mati) dan lain-lain. Yang bawa budak kecil pun ada diterangkan nanti. Sampai disana, mutawif akan terangkan sekali lagi. Kalau tak faham boleh tanya sampai faham.

Kursus umrah di Shah Alam
Kursus ni amat penting untuk dihadiri oleh bakal jemaah, Sekurang-kurangnya sekali kerana bakal jemaah boleh tengok teori dan amali yang diterangkan oleh penceramah. Cara nak pakai ihram bagi lelaki, ambil wudhu dalam flight, dan perkara-perkara hukum.

Kita wajib kena tahu perkara yang wajib dan sunat dibuat semasa umrah. Apa perkara yang membatalkan umrah, perkara yang haram dibuat semasa berihram. Pantang larang umrah ni banyak tapi mudah sahaja kalau faham. Inilah petingkan kursus. Kepada yang dah banyak kali pergi umrah, mungkin kursus ni tak perlu. Tapi penulis tengok, ramai jugak golongan ni datang, mungkin saja nak suka-suka atau nak habiskan masa boring hujung minggu.

Baca buku manasik umrah pun banyak membantu juga. Carilah buku-buku yang ditulis oleh mereka yang bertauliah. Pihak Andalusia ada bagi buku manasik umrah setiap seorang yang ditulis oleh Ustaz Daud Che Ngah.

Kita boleh juga tanya kepada mereka yang dah pergi umrah. Pengalaman mereka penting untuk dijadikan panduan, terutama bab shopping :)


No comments:

Post a Comment