Friday, 27 March 2015

Travelog#10 - Berlepas


Airasia X

Perjalanan ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 9 jam. Kami menaiki pesawat Airbus. Seat memang kecil dan sempit, hanya selesa untuk seorang yang berbadan saiz normal. Muat untuk saiz badan besar tapi akan menyebabkan orang sebelah pula kurang selesa. Jika yang bawa anak kecil tu memang kena banyak bersabar. Nombor seat diberikan ikut abjad nama. Kalau suami isteri memang akan terpisah, jadi pepandailah kita tukar seat suka sama suka. Semua tu jemaah umrah, masing-masing kenalah beri kerjasama.



Kami berlepas pada jam 1 petang waktu Malaysia. Saudi lambat 5 jam dengan kita. Kami sampai di Jeddah pukul 10 malam waktu Malaysia (5.30 petang waktu Jeddah). Bertolak siang hari, sampai pun siang jugakla. Yang mengantuk dan letih pun ramai, maklumlah tu waktu tidur di Malaysia. Ambil masa nak sesuaikan diri. Jangan lupa, setkan jam tu ikut waktu Saudi. Kapten akan bagitau supaya tukar jam kita kepada waktu Saudi bila dah dekat nak sampai.

Makan

Dalam perjalanan, kami diberi makan 2 kali...tengahari dan malam. Menu pertama nasi lemak dan kedua satay. Boleh kenyang tapi jika nak topup lagi kena bayar sendiri.

Lunch nasi lemak

Dinner satay ayam

Dalam masa 9 jam tu, apapun tak nampak. Hanya boleh tengok awan putih sahaja. Yang duduk tepi tingkap atau tengah tiada beza. Jadi tak payahlah nak berebut duduk tepi tingkap, buat sakit mata jer, dahla panas. Dekat nak sampai, bolehla tengok padang pasir, tapi bukan yang macam Sahara tu. Hanya padang tandus dikelilingi bukit bukau yang berpasir dan berbatu...tak menarik pun.

Pakaian rasmi pramugari Airasia adalah skirt pendek tapi untuk umrah dan haji semuanya berpakaian seluar panjang. Mungkin itulah pakaian paling sopan yang difikirkan oleh pihak pengurusan. Berbeza dengan MAS, pramugari mereka menutup aurat dengan bertudung untuk flight umrah.

Solat dalam Kapal Terbang

Kami solat jamak dan qasar untuk zohor dan asar. Siapa yang terbatal wudhu tu boleh guna spray. Solat mesti dalam keadaan duduk. Angkat takbir dan solat, tak perlu cari kiblat. Masa kursus dah diajar cara solat sebegini.

No comments:

Post a Comment