Kami bertolak pada jam 6.30 petang. Di saudi 6 petang dah malam, sama macam 7 petang Malaysia. Jadi, bas begerak sahaja kami dah tak nampak apa-apa...semuanya gelap gelita. Ingatkan boleh tengok permandangan padang pasir atau unta.
Mutawif ambil mikrofon dan baca doa perjalanan. Ada juga dia cerita pasal Jeddah, Madinah dan lain-lain. Tapi semuanya nampak letih dan mengantuk. Dia pun paham, dan tak cakap lama-lama. Lepas penerangan ringkas, semua jemaah tidur lena. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah memakan masa hampir 5 jam.
Masjid di R&R |
Dalam perjalanan kami berhenti rehat di R&R. Disitu kami solat jamak maghrib dan isyak. Kami diberi makan dalam pek. Nak makan dalam bas pun boleh, makan kat situ pun boleh tapi tak disediakan meja dan kerusi.
Makan berselerak, takpe janji kenyang. Nasi arab dengan ayam, air mineral. Kat situ ada dijual madu yaman dengan truck. Sebotol 50 riyal. Pandai cakap melayu, dia kata ini madu asli yaman. Penulis dan lain-lain tak minat nak beli mungkin kerana letih dan fikiran hanya fokus kepada Madinah sahaja. Tak sabar rasanya untuk menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi untuk pertama kali.
Selepas makan dan solat jamak, kami sambung perjalanan ke kota Madinah. Semua jemaah boleh sambung tidur. Mutawif tu cakap nanti dekat nak sampai dia akan kejutkan.
No comments:
Post a Comment