Pada 14/3/2015, kami di bawa melawat Jabal Thur. Ini lokasi ziarah pertama di Makkah. Jabal Thur ni bukit yang paling tinggi seperti gambar dibawah. Setahu penulis, kat sini ada peniaga dan unta berhias. Semua tempat ziarah akan ada peniaga. Tapi pada hari tu, hanya rombongan penulis sahaja berada di situ. Takda peniaga, takda unta...yang ada kami sahaja. Sunyi sepi...pelik jugak. Malas nak tanya mutawif, sebab tujuan sebenar nak tengok Jabal Thur bukan nak naik unta.
Kunpulan jemaah penulis ketika melawat Jabal Thur |
Mutawif memberikan masa 5 minit untuk bergambar. Takda apa yang menarik pun, hanya boleh tengok bukit sahaja. Thur bermaksud 'lembu jantan'. Tapi bukit tu tak nampak macam bentuk lembu pun. Mungkin tengok dari angle yang tak betul kot, atau bentuk lembu tu ada dalam gua...entahlah. Kat atas bukit tu la ada gua, yang dikenali sebagai Gua Thur.
Gua Thur
Kami tak panjat bukit tu, sekadar tengok dari jauh. Kalau panjat akan jumpalah Gua Thur. Dalam gua ni la Rasulullah saw bersembunyi bersama Abu Bakar semasa berhjirah ke Madinah. Kaum musyrikin Makkah tahu dan cuba mencari Rasulullah saw dengan tujuan untuk membunuh Baginda saw. Puak kafir Quraish mengupah seorang pakar jejak untuk mencari dimanakah Rasulullah saw dan Abu Bakar bersembunyi. Mereka berjaya, dan akhirnya sampai di pintu gua Thur.
Gua Thur. Sumber Google |
Tapi dengan kuasa Allah swt, pintu gua tersebut ditutupi oleh sarang labah-labah. Dan ada seekor burung merpati yang membuat sarang disitu. Mereka menyangka tidak mungkin ada orang didalam gua ini, kerana jika ada orang yang masuk ke dalam gua tersebur, pasti tidak ada sarang labah-labah dan sarang burung. Akhirnya mereka pun berundur. Rasulullah saw dan Abu Bakar bersembunyi di dalam Gua Thur selama 3 hari. Peristiwa ini ada dicatatkan dalam Quran surah Al-Anfal:30.
Kisah ni memang popular, Tok Imam, Tok Khatib, Ustaz, Mutawif selalu bawa cerita ni tapi terdapat khilaf para ulama mengenai darjat kesahihan hadis mengenai cerita gua Thur. Yang mengisahkan tentang sarang labah-labah dan Abu Bakar menahan kesakitan kerana di patuk ular (ada riwayat kata binatang berbisa). Ada ulamak yang mengatakan hadis ini Dhoif, ada juga yang kata Maudhu (palsu). Yang sahih hanyalah dari Quran, Rasulullah saw memang bersembunyi di situ. Wallahuallam.
memang mutawif tak bagi panjat ke bukit tu?
ReplyDeleteboleh panjat.. tapi kena pergi sendiri dan dapatkan penunjuk arah jika boleh.. sebab selalunya pakej umrah ni ziarah ke tempat2 bersejarah sekejap je.. dan tak semua jemaah mampu untuk naik bukit tu.. kalau tgk keadaan bukit tu mmg mencabar jugak sebab bukitnya cuma batu2 sahaja, berbeza dengan bukit2 yang ada di Malaysia
Delete