Friday, 27 March 2015

Mutawif

Mutawif Kami

Mutawif atau Mutawifah adalah Daie semasa berada di Tanah Haram. Tugas mereka adalah membimbing jemaah umrah sepanjang berada disana. Mereka juga bertindak sebagai pemandu pelancong untuk program ziarah dalam dan luar.

Mutawif kami sepanjang berada di sana ialah Ustaz Ahmad Anas. Baik dan humble orangnya. Kulit hitam manis, muda lagi dan berasal dari Terengganu. Dia lah yang membimbing kami, memberi khidmat nasihat, mengajarkan apa yang kami tidak tahu.

Ustaz Ahmad Anas
Dia memimpin jemaah kami dari awal sehingga akhir. Menjaga kebajikan kami sepanjang umrah. Bukan semua orang mampu jadi mutawif ni, tugas amat berat dan mencabar. Tugas mutawif ni memastikan semua jemaah dalam keadaan baik. Dia juga hendaklah peka kepada tahap kesihatan dan emosi para jemaah.

Dalam jemaah, selalunya ada yang bermasalah. Ada jenis yang cerewet, panas baran, suka komplen dan macam-macam lagi. Sebelum mutawif mengawal emosi mereka, dia hendaklah mengawal emosi dirinya sendiri terlebih dahulu. Itulah tugas mutawif, kena banyak bersabar dengan karenah. Beri kaunseling dan bertindak dengan rasional. Mutawif dan mutawifah dianggap berjaya menjalankan tugas jika mereka mampu memperbetulkan niat kami dan membersihkan jiwa kami yang banyak dosa ni. Itu adalah kewajipan mereka.

Tugas mutawif bermula sebaik sahaja jemaah berada di Tanah Arab, dan berakhir apabila kami pulang ke kampung halaman masing-masing. Kesihatan kami, makan minum kami, penginapan kami, kebajikan kami, karenah nakal kami semasa di sana...semuanya dijaga dan dilayan dengan penuh sabar. Tiada ungkapan yang lebih baik dari ucapan TERIMA KASIH.

1 comment: