Hotel kami ialah di Mubarak Silver. Ni hotel yang telah dipajak oleh Andalusia. Semua tetamu hotel ni adalah kebanyakkan dari Andalusia. Ada juga guest dari negara lain, tapi tak ramai. Kami sampai pada jam lebih kurang 1 pagi. Semua beg dikumpulkan di lobi hotel. Kami pun menunggu disitu juga. Semua pekerja hotel termasuk di kaunter boleh berbahasa melayu. Jadi tak perlu speaking atau cuba nak cakap arab. Nanti dari dia faham terus jadi tak faham.
Mubarak Silver |
Taklimat ringkas |
Lebih kurang setengah jam kemudian, kami dipanggil untuk diberikan taklimat ringkas oleh mutawif tentang hotel, bilik, dewan makan dan route atau jalan nak pergi ke masjid supaya jemaah tak sesat. Setelah itu kami diberikan kunci bilik masing-masing. Penulis dapat bilik tingkat 4. Ada 4 lif untuk naik ke bilik. Tapi kalau time makan memang sesak dan lambat. Baik guna tangga lagi cepat. Masing-masing ambil beg dan terus ke bilik. Semua penat, subuh lambat lagi so boleh sambung rehat.
Bilik
Dalam bilik disediakan katil untuk 4 orang. Ada shower air panas, tub mandi, TV, cermin besar, towel, sabun. Bilik berhawa dingin dan bertingkap. Boleh buka kalau nak jemur baju...bagi angin panas masuk supaya cepat kering. TV hotel sampai sudah tak boleh on, lampu menyala tapi gambar tak keluar. Tapi penulis tak kisah, takde masa pun nak tengok. Cerek elektrik tak ada, minta kat lobi pun memang takde. Penulis terpaksa bawa air panas yang diambil dari dewan makan masuk ke bilik. Begitulah rutin sehari-hari,
Bilik hotel mengadap arah belakang dari masjid nabawi. |
Ingatkan dapat view masjid, rupanya dapat view gunung-ganang. Bilik mengadap belakang dari arah masjid. Bilik tak akan di service kalau takda request dari kita. Untuk satu floor hanya disediakan seorang room service sahaja. Sepanjang kami menginap disitu, hanya sampah dan towel sahaja ditukar. Cadar dan sarung bantal tak pernah ditukar. Agaknya memang begitulah servis hotel pajak ni. Selepas dia kemas bilik kita, bagilah sedekah sikit. Penulis sendiri memberi 10 riyal. Kat Madinah amalan bersedekah amat digalakkan kerana ganjaranya besar.
Makan diberi 3 kali sehari. Sarapan, tengahari dan malam. Menu masakan indonesia campur melayu. Memang ada selera. Kami dah risau pasal makanan ni, kalau hari-hari makan menu arab, mana boleh telan. Dewan ni terletak di aras satu, tingkat atas. Kalau dalam lif tekan je butang M. Kalau dari lobi boleh terus naik tangga pusing, tak perlu naik lif. Selain makanan hotel, boleh juga beli di luar. Macam-macam ada jual, nak teh tarik pun ada. Segelas 2 riyal.
Jalan ke masjid
Jarak dari hotel ke masjid adalah sejauh 250 meter. Memang jauh tu tapi tak rasa letih sebab masuk je lorong depan hotel tu dah nampak menara masjid dan payung besar yang menjadi trademark masjid nabawi. Nak pergi masjid, ikut je lorong pejalan kaki antara dua hotel tu. Lintas jalan dan masuk lorong tu, berjalan terus, Tak perlu belok kanan atau kiri. Masuk je lorong dah boleh nampak pintu masjid, memang tak akan sesat.
Info solat di lobi |
Waktu solat di Madinah tentulah tak sama dengan Malaysia. Subuh disana pukul 4 pagi. Tapi waktu penulis pergi umrah pada bulan Mac 2015, waktu solat dah lewat. Subuh di Madinah lebih kurang pukul 5.18 am.
Keluar je dari hotel dah ada kedai. Di depan hotel ada macam-macam barang keperluan harian. Kalau kita datang sehelai sepinggang pun tak perlu risau, semua ada. Towel, jubah, berus gigi, selipar, charger telefon, beg, tudung, kain sembanyang, ihram, sejadah dan segala macam. Semua penjual tu pandai cakap melayu, jadi dari segi kominukasi tak perlu risau. Tawar-menawar kena pandai. Janganla pulak dia dah bagi murah kita taknak beli, nanti dia marah-marah. Kalau taknak beli, baik jangan tawar.
Sepanjang lorong ke masjid pun ada banyak kedai. Semuanya menjual barang yang hampir sama cuma harga sahaja berbeza. Dari hotel hinggalah ke pintu masjid penuh dengan kedai dikiri dan kanan. Memang meriah sungguh macam shopping kat Jalan TAR.
Nice Hotel information you have shared. thanks and you can find cheap hotels in madinah near haram here
ReplyDeleteIf you are travelling to Makkah for Hajj and looking for the best accommodation in the cities then Haramayn Hotels is best option to book Hotels in Madina and Makkah.
ReplyDelete