Kami melawat pasar kurma pada 9/3/2015 hari yang sama melawat Masjid Quba, Jabal Uhud dan ladang Kurma. Ladang dan pasar lain ya jangan keliru, pasar ni hanya kedai menjual kurma tak ada pokok kurma. Ladang pula ada pokok kurma yang ditanam secara komersial, kat situ pun ada ramai jual kurma. Boleh beli di pasar atau ladang, sama sahaja. Letaknya tak jauh juga, pusing-pusing dah sampai. Harga disini agak murah sedikit berbanding dengan ladang kurma.
![]() |
| Pasar kurma |
Kat sini ada pelbagai jenis kurma, dan kopi kurma. Sama macam ladang kurma jugak, nak test boleh aje. Saya membeli kurma ajwa, kurma madu, kacang dan banyak lagi. Orang jual minyak wangi pun ramai jugak. Mula-mula taknak beli, lama-lama terbeli jugak.
![]() |
| Asingkan ikut kualiti |
Sampai sahaja, mutawif kami bawa terus ke satu kedai ni. Kat situ ada banyak kedai, tapi dia isyaratkan supaya beli di kedai tu. Tak tahulah kenapa, nak kata paling murah tak jugak. Saya tanya harga kurma kat kedai sebelah, lebih murah dari kedai tu. Kualiti sama je. Satu je yang saya perasan, kalau kita dah pergi dan masuk ke kedai tu, penjual lain tak akan kacau...mereka tengok je. Sebab dalam islam, cubaan untuk merampas pelanggan dan jual beli peniaga lain adalah HARAM. Tambahan pulak kat Madinah, lagila tak boleh. Tapi mula-mula kami sampai memang kena serbu la, macam kita ni selebriti pulak.




Shamco Travels offers premium Umrah travel services with quality accommodation in Makkah and Madinah, private Umrah transportation, airport transfers, Makkah to Madinah transfers, guided Ziyarat tours, and Umrah visa assistance. Our VIP Umrah services are designed for pilgrims seeking comfortable hotels, reliable transportation, personalized travel arrangements, and dedicated support throughout their journey. Based in Lahore, Pakistan, Shamco Travels helps individuals, families, and groups plan convenient and well-organized Umrah travel experiences. Guided tours for Umrah pilgrims
ReplyDelete