Dah selesai semua urusan pasport, dokumen dan suntikan, tibalah masa cari kelengkapan umrah untuk persiapan diri apabila tiba disana nanti. Dah penat ke sana ke mari uruskan dokumen tibalah masa shopping. Yang seronok tu time cari barang untuk anak-anak. Yalah first time bagi mereka pakai jubah dan ihram, mereka pun nampak enjoy. Andalusia ada menyenaraikan barang yang harus dibawa.
LELAKI
- Kain ihram 2 Pasang
- Tali pinggang 1 utas
- Baju melayu 2 helai
- Baju biasa(t-shirt) 4 helai
- Singlet berlengan dan berzip 4 helai
- Kain pelikat 4 helai
- Seluar panjang 2 helai
- Tuala kecil 1 helai
- Stoking 2 pasang
- Selipar (pastikan jari-jemari terlihat) 1 pasang
- Kasut biasa(lembut) 1 pasang
- Buku doa(kecil)&surah yassin 1
- Penyangkut baju 5
- Ubat-ubatan(ubat batuk/sakit tekak/Strepsil/cirit-birit/vicks/vitamin c
- Sarung beg/jaring 1
- Set gantung kecil, pengetip kuku 1
- Beg sejadah kecil 1
- Uncang kasut 1
- Alat cukuran 1
- Alat2 mandian 1
- Sabun mandi 1
- Krim bibir dan tumit 1
- Marker pen(jika perlu) 1
- Telefon bimbit & charger 1
- Kamera 1
Senarai barang-barang dalam beg besar/beg pakaian (30kg)
PEREMPUAN
- Telekung sembahyang 4 helai
- Mini telekung 2 helai
- Baju kurung 3 pasang
- Jubah biasa 3 pasang
- Baju tidur dan seluar panjang 2 pasang
- Stoking tawaf & saie(bertapak tebal) 3 pasang
- Stoking biasa 3 pasang
- Tuala kecil 1 helai
- Sarung tangan 3 helai
- Jubah seluar 2 pasang
- Singlet berzip (untuk keselamatan) 2 helai
- Buku doa(kecil)&surah yassin 1
- Pakaian dalam wanita yang secukupnya
- Penyangkut baju 5
- Ubat-ubatan(ubat batuk/sakit tekak/Strepsil/cirit-birit/vicks/vitamin c
- Sarung beg/jaring 1
- Set gantung kecil, pengetip kuku 1
- Beg sejadah kecil 1
- Uncang kasut 1
- Alat cukuran 1
- Alat2 mandian 1
- Krim bibir dan tumit 1
- Marker pen (jika perlu) 1
- Telefon bimbit & charger 1
- Kamera 1
Apa yang perlu dibawa sebenarnya?
Banyak barang-barang yang disyorkan oleh Andalusia penulis tak bawa. Tak perlu ikut sangat senarai tu semua. Sebabnya nanti sampai sana ada saja barang yang kita nak beli. Kalau kat sini pun beg dah penuh, cuba bayangkan apabila sampai di sana...nasihat penulis tak perlu bawa banyak, travel light.
Banyak barang-barang yang disyorkan oleh Andalusia penulis tak bawa. Tak perlu ikut sangat senarai tu semua. Sebabnya nanti sampai sana ada saja barang yang kita nak beli. Kalau kat sini pun beg dah penuh, cuba bayangkan apabila sampai di sana...nasihat penulis tak perlu bawa banyak, travel light.
Ini senarai barang-barang dalam beg penulis:
- Kain ihram 2 pasang
- Tali pinggang ihram
- T-Shirt pagoda (ada zip ditengah) 3 helai
- Seluar haji 2 helai
- Jubah 2 helai
- Selipar
- Ubat-ubatan
- Uncang kasut
- Penyangkut baju
- Telefon
Selebihnya adalah barang-barang peribadi seperti cermin mata, tuala mandi, pencukur, gunting, alat mandian dll. Bawa ikut keperluan sahaja. Kain ihram kalau nak bawa sepasang pun takpa, tapi penulis bawa 2 pasang. Kat Madinah memang banyak peniaga yang jual macam-macam barang. Tak perlu risau, kalau ada barang kita yang lupa nak bawa boleh beli kat sana. Tapi ubat-ubatan tu lebih baik beli kat sini sebab:
Dimana nak beli?
- Madinah dan Makkah harganya mahal.
- Mungkin ubat kat sana tak sesuai untuk kita.
- Jenis ubat yang kita nak mungkin tak dijual atau habis stok.
Dimana nak beli?
Pasaraya Mydin
Tempat yang paling popular jual kelengkapan haji dan umrah ni adalah ni Mydin. Kat situ memang boleh dikatakan serba cukup. Tak perlu pergi ke tampat lain, semua ada. Harga pun murah. Tapi pilihan dan selera masing-masing, kalau yang jenis high taste dan suka barang-barang eksklusif terpaksalah kena pergi cari butik.
Penulis dah beli banyak barang umrah di Mydin, tapi famili ajak shopping jugak di butik umrah ni. Saja jalan-jalan, dan nak tengok perbandingan harga. Butik ni terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Masa penulis pergi dengan famili, mereka tengah buat promosi akhir tahun. Harga taklah murah sangat. Lagipun barang yang sama jugak ada dijual kat Mydin. Contohnya botol spray, brand yang sama dijual kat situ RM7.90 tapi kat mydin RM4.90 sahaja. Begitu juga jubah, ihram, tali pinggang...boleh dikatakan harga 30%-40% lebih mahal. Bukan sengaja nak memburukkan reputasi butik ni, tapi saja nak bagitau perbezaan harga untuk barang yang sama. Mungkin juga sewa kedai tu mahal, jadi terpaksa jual mahal sedikit...husnudzon.
Wisma Yakin
Wisma ni terletak di depan Masjid India jalan Tuanku Abdur Rahman(TAR), Kuala Lumpur. Bazar ni memang popular sebagai tempat membeli belah terutama pada musim perayaan. Banyak butik yang menjual barang muslimin seperti baju melayu, kain, tudung, jubah dan segala macam lagi. Jika tiba musim perayaan memang akan sesak dengan ribuan orang yang datang dari pelbagai negeri.
Senarai barang yang dibeli
Kain Ihram
Kain ihram ada banyak jenis jugak, ada yang tebal dan nipis. Harga antara RM29-49 bergantung kepada kualiti. Kalau yang premium harganya RM60-100. Ihram ada saiz, selalunya yang popular adalah bersaiz 45x90. Ada ditulis perkataan 'Malaysia' dalam tulisan jawi kat kain tu. Memang tak hilang walau dibasuh dengan clorox sekalipun. Ihram untuk budak pun ada dijual.
Tali PinggangSample, boleh rasa dan pegang sendiri. Pilih ikut kesesuaian. |
Sebelum pakai, basuh dulu dengan washing machine...jangan rendam dalam baldi jer. Tujuannya nak hilangkan bulu-bulu halus. Ihram ni macam towel jugaklah, kena basuh sebelum guna baru menyerap air dan bulu-bulu halus tu semua tak melekat pada tubuh. Kalau tak basuh, nanti melekat ditubuh terutama ketika berpeluh. Jadi kurang selesa dan gatal-gatal.
Penulis basuh sampai 3x baru semua bulu halus tu hilang. Kat Madinah penulis tengok karpet dalam masjid miqat banyak ada bulu dan benang putih, ni sah ihram baru beli tak basuh dulu dan terus pakai. Memang bulu kain ihram dan benang boleh melekat kat karpet. Kain ihram ni tak berjahit, jadi benang memang mudah tertanggal. Tapi pekerja masjid dah tahu, sebab tu karpet tu sentiasa di vacuum.
Tali pinggang ni sesuai HANYA UNTUK LELAKI SAHAJA, ada banyak jenis dan warna...merah, hijau, hitam dan putih, nak yang tanpa jahitan pun ada. Tapi sama sahaja, tujuannya hanya satu...tak nak bagi kain ihram tu terlondeh masa buat tawaf nanti. Kat sana ramai orang, aksi tolak menolak dan tarik menarik kemungkinan ada risiko kain kita terlondeh.
Nanti ada pulak yang menjerit "HARAM!! HARAM!!". Tali pinggang takpa pakai yang berjahit sebab ia bukan sebahagian dari pakaian...hanya pakaian ihram sahaja tak boleh. Penulis beli yang jenama Habibie tu bukan kerana ia tak berjahit tapi murah dah mudah dipakai...klip jer.
T-shirt PagodaNanti ada pulak yang menjerit "HARAM!! HARAM!!". Tali pinggang takpa pakai yang berjahit sebab ia bukan sebahagian dari pakaian...hanya pakaian ihram sahaja tak boleh. Penulis beli yang jenama Habibie tu bukan kerana ia tak berjahit tapi murah dah mudah dipakai...klip jer.
Sebenarnya tak semestinya t-shirt tu brand pagoda, nak beli jenama lain pun boleh. Tapi penulis lebih selesa pakai pagoda ni. Jenama ni tetap menjadi pilihan utama. Beli yang biasa dan ada zip ditengah bahagian dada. Bukan hanya untuk lelaki tapi untuk perempuan pun ada. Tujuan zip tu untuk simpan duit. Tapi kenapa kat dada? Sebab dah banyak kes kecurian berlaku kat sana, ada kes tu beg dan jubah kena toreh dengan pisau. Memang kita tak perasan sebab orang ramai.
Kalau kita simpan duit kat depan, risiko kena curi tu rendah atau totally zero kerana kita sentiasa sedar apa yang berlaku depan mata kita. Pencuri di Madinah dan Makkah memang ada...dan mereka tahu jika jemaah luar datang mesti bawa cash banyak sebab kita dah tukar siap-siap sebelum berangkat. Bukannya sedikit, biasanya 2-3 ribu seorang. Paling sedikit pun 1000 riyal cadang nak belanja shopping nanti. Jadi beringatlah yer...dah selalu terjadi jemaah hilang duit.
Jubah
Kalau belum ada pergi beli. Sebab nak solat di masjid nanti kena pakai terutama di Madinah. Bukan satu kewajipan tapi bagi apenulis lebih baik berjubah dari pakai kain sarung. Lagi pun trend orang arab memang pakai jubah. Kalau tak minat jubah, nak pakai kurta atau baju melayu pun takpa. Tapi penulis sendiri pakai jubah sepanjang masa kat sana. Masa kat Makkah, banyak masa pakai ihram. Selepas tanggalkan ihram, jubah adalah pakaian rasmi penulis.
Seluar Haji
Kalau kita simpan duit kat depan, risiko kena curi tu rendah atau totally zero kerana kita sentiasa sedar apa yang berlaku depan mata kita. Pencuri di Madinah dan Makkah memang ada...dan mereka tahu jika jemaah luar datang mesti bawa cash banyak sebab kita dah tukar siap-siap sebelum berangkat. Bukannya sedikit, biasanya 2-3 ribu seorang. Paling sedikit pun 1000 riyal cadang nak belanja shopping nanti. Jadi beringatlah yer...dah selalu terjadi jemaah hilang duit.
Jubah
Kalau belum ada pergi beli. Sebab nak solat di masjid nanti kena pakai terutama di Madinah. Bukan satu kewajipan tapi bagi apenulis lebih baik berjubah dari pakai kain sarung. Lagi pun trend orang arab memang pakai jubah. Kalau tak minat jubah, nak pakai kurta atau baju melayu pun takpa. Tapi penulis sendiri pakai jubah sepanjang masa kat sana. Masa kat Makkah, banyak masa pakai ihram. Selepas tanggalkan ihram, jubah adalah pakaian rasmi penulis.
Jubah |
Kena pakai seluar, tak digalakkan pakai kain pelikat. Seluar ni pakai masa nak pergi ziarah atau nak buat solat pun boleh. Penulis pakai bersama dengan jubah. Memang seluar haji ni selesa dipakai semasa kat sana.
Seluar haji. |
Beli selipar jepun jer. Atau seangkatan dengannya, janji biar nampak bahagian tumit dan jari sebab ini salah satu syarat hukum sah umrah setelah berihram. Jangan beli yang mahal nanti hilang. Bukan nak tuduh orang arab ni suka mencuri, tapi kadang-kadang mereka tersilap ambil atau kita sendiri tak ingat letak kat mana. Masjid Nabawi dan Makkah ni besar. Kalau selipar kita tu hilang atau putus tak perlu risau, belambak kedai kat sana jual dengan harga serendah 5 riyal.
Uncang Kasut
Benda ni memang mustahak. Memang kat masjid disediakan rak kasut tapi kebiasaannya jemaah simpan dalam uncang kasut dan bawa ke dalam masjid. Cara ni lebih selamat. Seperti yang penulis cakap tadi, masjid sana semuanya besar dan luas tambahan pula sentiasa ada ribuan jemaah keluar masuk masjid setiap hari. Kadang-kadang kita masuk pintu utara, keluar pintu selatan...memang keliru.
Satu hal pulak nak kena cari pintu mana kita masuk tadi semata-mata nak ambil selipar. Bagi yang pertama kali pergi umrah, memang kita tak sedar dan tak ingat masuk pintu mana sebab dok berjalan sana sini keliling masjid. Ada beratus-ratus pintu di Masjidil Haram tu. Walaupun setiap pintu ada nama tapi tetap akan keliru oleh kerana design semua pintu hampir sama.
Jadi faham sendirilah kenapa Andalusia pun suruh bawa uncang kasut ni. Kat sana hari-hari ada orang hilang selipar, siapa yang balik kaki ayam tu memang sahlah selipar dia hilang. Tapi tak pelik pun, fenomena biasa kat Makkah dan Madinah.
Penyangkut Baju
Boleh beli kat Madinah tapi harga mahal sedikit. Lebih baik bawa sendiri. Kegunaanya nak menyidai atau sangkut pakaian, towel dll. Khidmat dobi disediakan, tapi kadang-kadang tak sempat hantar atau nak basuh sendiri. Lepas basuh perlu sidai, kat sinilah gunanya penyangkut baju. Memang susah kalau takde benda ni. Rasanya tak perlulah cerita panjang, semua dah tahu apa kegunaannya.
Telefon Bimbit
Telefon memang sangat-sangat penting, tak bawa menyesal. Bila kita sampai kat sana, komunikasi amat penting selain boleh guna sebagai kamera. Kalau ada yang terpisah dari kumpulan samada sengaja atau tak, kita masih boleh berkomunikasi melalui handphone masing-masing. Mula-mula memanglah semua bergerak dalam satu kumpulan.
Tapi akan ada sahaja yang terpisah. Kalau kita tak sibuk nak cari orang pun, mungkin orang nak cari kita...jadi telefon tu kena standby setiap masa. Sampai sahaja di airport Jeddah, beli prepaid Arab. Kat Malaysia pun ada jual prepaid untuk jemaah umrah. Boleh beli melalui agen.
Duit Riyal
Tukar duit riyal sebelum berlepas sebabnya bila sampai kat Jeddah terus nak guna riyal. Contohnya nak beli makan minum, prepaid dll. Tak ada masa kita nak tukar kat sana, memang money changer ada tapi selalunya ramai orang dan kena beratur. Dulu duit kita lebih mahal dari riyal. Tapi oleh kerana ringgit kita dah lemah, maka nilainya hampir sama. RM1=SAR1.07. Kalau tukar RM1000 dapatla dalam SAR1070 tapi itu tak termasuk charge. Jadi lebih kurang sama saja lah. Nilai tukaran ni adalah pada tahun 2015.
Beg
Beg roda atau beg besar. Andalusia ada memberikan 3 beg selepas kita daftar dan buat pembayaran. Beg besar, beg kecil dan beg sandang (sling beg). Kalau nak pakai selain dari beg Andalusia pun boleh. Elok beli yang kuat dan berkualiti, sebab beg Andalusia ni tak tahan lasak. Kat airport ni semua beg dia campak macam buah durian je. Beg penulis sendiri pun ada mengalami kerosakan selepas sampai ke Malaysia.
Beg Andasulia ni boleh ambil kat cawangan. Isi borang dan buat pengesahan di pejabat akauntan kat sana. Dia akan check dalam sistem, kalau semua bayaran dah dibuat barulah borang tadi akan disahkan. Kemudian tunjuk borang tu kat pak guard, dia akan beri beg mengikut jumlah nama.
Barang-barang Sampingan
Kalau tak nak bawa pun takpa, tapi kalau ada dan berkemampuan lebih baik bawa bersama sebab banyak membantu ketika perlu. Antara barang sampingan yang penulis bawa ke sana:
Cermin Mata
Cermin mata hitam. Kenapa? Sebab kat sana panas, mata tak tahan dengan terik matahari. Ianya sangat-sangat membantu terutama waktu ziarah dan tawaf. Kalau pergi pada musim sejuk pun penulis syorkan bawa dan pakai jika perlu. Kerana walaupun tak panas, habuk dan debu dari construction boleh mengganggu mata.
Apabila mata asyik stress jer mulalah sakit kepala. Beli yang elok dan berjenama, mata pun jadi sejuk dan relax...bukan yang RM10 tu. Spec murah guna cermin plastik bukan kaca, mata kita boleh jadi senak dan lagi sakit...bahaya tu. Kalau lupa bawa, kat Madinah banyak ada jual.
Benda ni juga amat membantu ketika tawaf. Sebab dataran tawaf tu guna tiles yang berwarna putih, jadi pantulan matahari boleh menyebabkan mata kita sakit, Ada jemaah yang langsung tak boleh celik. Terpaksa kena pinjam dari jemaah lain. Kepada yang tahan pantulan tu, tak pakai pun takpa.
Penutup Muka
Face mask atau penutup muka. Benda ni jadi popular masa jerebu jer. Sampai kat stesen minyak pun ada jual. Selalu jugaklah habis stok masa musim jerebu teruk. Jadi penulis beli sekotak untuk anak-anak pakai masa nak pergi sekolah atau aktiviti luar. Dah habis jerebu, ada banyak lagi yang belum guna.
Jadi penulis ambil yang ni sahaja letak dalam beg, manalah tahu kot ada time emergency nak pakai tak payah ke hulu hilir cari farmasi. Dalam famili penulis ada juga yang menghidap penyakit resdung termasuk penulis sendiri. Tapi taklah tahap kronik, cuma tak boleh sangat pergi ke tempat banyak debu, nanti hidung gatal dan rasa nak bersin.
Kat Madinah dan Makkah memang banyak debu...negara fadang fasir tambah pulak construction sana sini.
Botol Spray Wudhu
Murah jer, antara RM4-5. Apa kegunaannya? Untuk ambil wudhu la. Tapi bukan masa duduk kat rumah atau hotel, benda ni diguna masa kita dalam kapal terbang atau masa tawaf jika wudhu terbatal. Dalam kapal terbang memang tak boleh guna air dalam toilet untuk berwudhu, bukan kerana tak bersih tapi memang tak boleh nanti kena tegur kat staff.
Sebab apa penulis tak tahu, mungkin air yang banyak melimpah ke lantai boleh memudaratkan sistem pesawat. Bila masuk waktu solat, mereka yang takde wudhu mulalah berpusu-pusu beratur kat toilet. Penggunaan air yang terlalu banyak boleh beri masalah pada pesawat. So ada logiknya juruterbang melarang ambil wudhu dalam toilet.
Kalau dah ada botol ni...spray jer pada anggota wudhu. Bawa sekali tuala kecil supaya senang nak keringkan air wudhu tu. Boleh juga ambil wudhu kat airport sebelum berlepas.
Bantal Udara
Keduanya untuk budak kecil, bantal ni agak selesa supaya kepala mereka tak tergolek...boleh tidur dengan lena. Perjalanan dari KL ke Jeddah mengambil masa antara 8-9 jam. Bukan masa dalam kapal terbang sahaja, masa dalam bas nak pergi Madinah dari Jeddah pun boleh guna. Perjalanan ke Madinah adalah sejauh 500km.
Makan masa 5-6 jam jugalah nak sampai. Masa kat Makkah pun boleh guna. Budak kecil ni time dia sleepy mengamuk nak tidur bukan kira masa dan tempat. Dah ada dalam masjid takkan nak balik hotel...karang kita pulak yang tumpang tidur sekali. Carilah mana-mana sudut yang tak menggangu orang lain, anak-anak boleh tidur disitu dengan bantal ni. Benda nampak simple tapi amat berguna. Tapi ramai jugak jemaah yang terlepas pandang benda alah ni.
Bantal udara
Salam Tuan, baju pagoda berzip itu tuan beli berapa ringgit ya?
ReplyDeleteTerima kasih..
Alhamdulillah. Terima kasih banyak Tuan atas info bermanfaat ini.
DeleteMoga Allah balas kebaikan Tuan ini dgn sebaik2 pembalasan.
Alhamdulillah. Terima kasih banyak Tuan atas info bermanfaat ini.
DeleteMoga Allah balas kebaikan Tuan ini dgn sebaik2 pembalasan.
Wlsm...rasanya dlm rm12 sehelai
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian maklumat :)
ReplyDeleteSemua barang yang Tuan beli di Mydin Mall ya? Di mana tu Tuan?
ReplyDeleteSemua barang yang Tuan beli di Mydin Mall ya? Di mana tu Tuan?
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteNice sharing info
Assalamualaikum Tuan...
ReplyDeleteTerlebih dahulu terima kasih kerana perkongsian ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kerana berkunjung ke butik kami BinNurdin di Seksyen 15, Shah Alam. Maafkan kami jika terdapat sebarang kekurangan ketika kunjungan tuan.
Saya selaku Pengurus BinNurdin terpanggil untuk menjawab juga sedikit pandangan negatif yang tuan berikan tentang kedai kami di blog ini.
Di BinNurdin, kami mementingkan keselesaan dan kemudahan para pelanggan yang berkunjung di butik kami. Kami menyediakan segala keperluan haji dan umrah untuk para pelanggan di bawah satu bumbung. Anda tidak perlu pergi ke banyak tempat untuk mendapatkan keperluan ibadah.
Niat kami adalah untuk memudahkan para tetamu Allah yang ingin berkunjung ke Tanah Suci supaya dapat membeli-belah dengan selesa dan tidak perlu bersesak-sesak.
Kunjungi BinNurdin dan nikmati suasana shopping yg lebih Islamik
-Alunan zikir dan Al-Quran sepanjang hari
-Keperluan ibadah haji dan umrah yang lengkap
-Butik lelaki dan wanita yang diasingkan (GF dan 1st Floor)
-Bilik Tudung utk wanita
-Mini bookstore kitab, buku agama dan al-Quran
-Koleksi CD, DVD, VCD dan MP3 Islamic (lagu, zikir, bacaan al-quran, rujukan haji/umrah)
-Surau lelaki/ wanita
-Berhawa dingin
-Kafe di tingkat bawah
-Toilet yg bersih di setiap tingkat
-Luas dan selesa (BinNurdin -3 tingkat dan ruangan GF berkembar)
-Parking di hadapan kedai
Insyaallah harga yg kami tawarkan setara dengan harga runcit di pasaran sama seperti anda membeli belah di kedai haji umrah yang lain. Untuk pembelian borong kami juga menyediakan harga borong yang berpatutan.
Diharapkan tuan sudi berkongsi komen saya ini di ruang komen blog tuan bg memberi peluang pada para pembaca menilai dengan sendiri. Jika ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan terus hubungi kami di talian 03-5523 3676.
Semoga Allah murahkan dan rahmati tuan sekeluarga. Barakallahu fik
Jazakallahu khairan khatira
Azlin Nordin
Pengurus BinNurdin
Seksyen , Shah Alam
p/s: ini antara komen bloggers lain yg pernah berkunjung di BinNurdin. http://ladypisces81.blogspot.my/2014/01/bin-nurdin-seksyen-15-shah-alam.html
Bermanfaat artikel tuan...sebagai rujukan kami sekeluarga....jazakallahu khairan....
ReplyDeleteBermanfaat artikel tuan...sebagai rujukan kami sekeluarga....jazakallahu khairan....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePuas sy cari blog yg memberi detail terperinci mcm ni...Blog tuan lah paling membantu..terima kasih byk2.Hanya Allah yg membalas kebaikan tuan bkongsi pengalaman..Insyallah sy akn ke tanah suci mggu dpn utk ibadah umrah...
ReplyDeletePuas sy cari blog yg memberi detail terperinci mcm ni...Blog tuan lah paling membantu..terima kasih byk2.Hanya Allah yg membalas kebaikan tuan bkongsi pengalaman..Insyallah sy akn ke tanah suci mggu dpn utk ibadah umrah...
ReplyDeleteTermakasih di atas perkongsian pengalaman & maklumat. Bnyk membantu dlm persediaan utk umrah & haji.
ReplyDeleteassalamualaikum..bole tuan suggest kan money changer yang tuan buat tukaran duit..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian, pengalaman dan maklumat. Banyak membantu saya
ReplyDeleteMasya Allah. Terima kasih tuan atas info. Semoga Allah swt merahmati tuan.
ReplyDeleteTerbaik n ringkas.. Byk pahala tuan sebab membantu
ReplyDeleteSangat membantu untuk yang pertama kali nak mengerjakan umrah...terima kasih
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSekadar perkongsian buat semua. Keluarga saya baru saja selesai membeli belah segala keperluan haji di Butik Fitrah Al Hajj. Terletak di Sunway Putra Mall, kalau tak salah, tingkat 3.. Berdekatan dengan outlet Samsung. Alhamdulillah, kami tak perlu ke tempat lain kerana harga di sini murah dan berpatutan. Segala-galanya tersedia di sini. Dari sekecil2 pin, sehingga sebesar2 air zam-zam 10 liter.
Botol spray tu tak salah saya rm5 je. And ihram Fitrah Al Hajj pun tebal and bercorak. Worth it beli kat sini. Tak lupa, jubah perempuan pun macam-macam. The best part is, ada jual baju kedah. So, family masa kat Makkah and Madinah pakai baju Kedah je dlm telekung dgn seluar.
Kedai yang selesa and pembantu jualan yang mesra. Saya and family bangga kerana kedai ini masih boleh bersaing dengan kedai2 berjenama di satu gedung beli belah yang rata-rata di conquered oleh bangsa lain.
Opps, lupa nak bgtau. Lepas penat shopping, anda dihidangkan dengan air zam-zam dan buah kurma. And yes, its FREE!
If nak more info pasal Fitrah Al Hajj, boleh view kat FB diaorg kat www.facebook.com/fitrahalhajj
terima kasih, ringkas dan padat
ReplyDeleteButik fitrah tu kt mn?
ReplyDeleteDia tulis kat situ Butik fitrah tu di SUNWAY PUTRA MALL
DeleteDia tulis kat situ Butik fitrah tu di SUNWAY PUTRA MALL
DeleteButik fitrah tu kt mn?
ReplyDeleteAlhmdulilah trima ksh..panduan ni amt bguna..
ReplyDeleteAda x brg yg dilarang dibawa?
Alhmdulilah trima ksh..panduan ni amt bguna..
ReplyDeleteAda x brg yg dilarang dibawa?
Salam..nak tanya kat mana kedai kelengkapan haji dan umrah area puchong ??
ReplyDeleteSalam..nak tanya kat mana kedai kelengkapan haji dan umrah area puchong ??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillah....panduan yg sgt berguna. Semoga dipermudahkan olehNYA semasa mengejakan umrah nanti.
ReplyDeleteAlhamdulillah..sangat2 membantu untuk persiapan saya nanti. terimakasih banyak2
ReplyDeleteterbaik:)
ReplyDeleteas salam semua
ReplyDeletesy pun baru balik dari mengerjkn umrah. nk kongsi sedikit tips...
1. bw berus sabut utk bersihkn dinding bilik air hotel. kadang pekerja tak sempat nk cuci, kumpulan baru dh tiba nk check in
2. sediakn SR1 utk sedekah kpd pekerja masjid...blh tukar dgn pekerja masjid for more small change
3. bawa buah2an bahagian kita jika tidak d makan...sedeqah kpd org2 d sekitar masjid
4. X PERLU beli beg kasut...plastik selipar d sediakn d sekitar masjid...biasanya d bahagian muslimat..minta suami ambilkn beberapa helai
5. jika tidak keberatan...bawa lebih selipar dari sini...bila hendak berangkat ke Makah...waqafkn selipar anda d masjid nabawi...salah satu cara brwaqaf
**jika selipar hilang..jgn marah..cari selipar dlm rak kasut d masjid...niatkn hendak pinjam...pulangkn sblum berangkat ke Makkah
6. selesaikn urusan shopping cenderahati d Madinah....supaya boleh fokus ibadah d Makkah
7. beli kurma, kismis & cokelat d bandar Madinah @ pasar kurma atau bawah hotel...3-4 kali ganda lebih murah dari kebun kurma
8. waqaf quran...blh beli d kedai2 sekitar masjid SR25...pastikn pekedai chop *waqaf lilharam*...blh pinjam quran masjid sebagai contoh
9. waqaf bangku lipat SR25 pun sgt popular
10. X PERLU bawa bangku lipat dari Malaysia
11. kpd yg suka makan pedas...bawa sambal bilis kering!!
setakat ini tips yg saya dapat kongsikn....moga brmanfaat
syukran & wasalam
***juga disarankn menggunakn pakaian dalam (pakai buang)...blh dbeli d watson/tesco..sy beli masa sale RM10/2pkt/14 helai
ReplyDeletesyukran & wasalam...Pn Fari..Puchong
Alhamdulillah. Perkongsian y sangat bermanfaat...
ReplyDeleteterima kasih. sy baca sampai habis.2018.
ReplyDeleteTerbaik smua perkongsian disini
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih..
ReplyDeleteMydin mall kt mana ni??? Tolong bantu respon ke saya ye.. Terima kasih
ReplyDeleteUSJ, subang jaya
DeleteKalau nak beli borong kira mcm mana yea
ReplyDelete