Bukit Uhud ni terletak 4km dari Masjid Nabawi. Tinggi bukit ni adalah 350 meter. Disini la berlakunya peperangan Uhud, peperangan kedua ummat islam pada 3 hijrah. Peperangan ini berlaku lebih kurang setahun selepas peperangan Badar. Dalam peperangan ini jugalah Rasulullah saw membunuh satu-satunya manusia yang pertama dan terakhir iaitu Ubay bin Khalaf.
Rasul membunuhnya dengan merejam dilehernya dengan tombak ketika Ubay menghampiri untuk membunuh Baginda saw. Ubay bin Khalaf menjadi satu-satunya manusia yang dibunuh oleh Rasul. Semenjak itu Rasul tidak pernah membunuh lagi sepanjang hayat Baginda saw.

Jabal Uhud |
Diagram peperangan Uhud |
Perang Uhud terjadi kerana kaum musyrikin Makkah berasa amat malu dengan kekalahan mereka dalam peperangan Badar yang dipimpin oleh Abu Sufyan, sedangkan bilangan mereka lebih ramai. Uhud menjadi tempat mereka untuk membalas dendam.
Sejarah menceritakan kaum Muslimin hampir kalah kerana tidak patuh kepada arahan Nabi saw. Seramai 40-50 pemanah yang berada di suatu bukit dikenali sebagai Bukit Pemanah turun setelah melihat kaum musyrikin berundur. Rasul sudah berpesan, walau apa pun terjadi jangan turun selagi tidak diberi arahan.
Oleh kerana nafsu untuk merebut harta perang, mereka turun dan mengingkari arahan Rasul. Hanya beberapa orang sahaja yang masih diposisi bukit memanah. Tentera musyrikin yang hampir tewas, melihat peluang ini dan membuat serangan mengejut, diketuai oleh pasukan berkuda Khalid Al-Walid. Pada ketika inilah Rasullullah cedera dibahagian gigi. Inilah akibat kerana ingkar arahan Rasul saw. Walaubagaimanapun, pasukan pemanah kembali semula ke bukit memanah, dan keadaan kembali terkawal.

Bukit Memanah |
Saidina Hamzah RA
Dalam peperangan ini, ramai sahabat mati syahid, termasuklah bapa saudara Nabi iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib. Rasul saw amat sayang kepada beliau, sehinggakan Rasul menjadi murung beberapa bulan kerana peristiwa ini. Saidina Hamzah digelar Singa Allah kerana keberaniannya membela agama Islam.
Saidina Hamzah mati kerana terkena tosokan tombak yang dilempar oleh hamba upahan Hindun, isteri Abu Sufyan. Hindun sangat-sangat berdendam dengan Hamzah kerana bapa dan abang Hindun mati dibunuh oleh Hamzah semasa peperangan Badar. Dalam peperangan Uhud, Hindun turut serta bersama kaum musyrikin kerana dia sudah bersumpah untuk memakan hati Saidina Hamzah jika berjaya dibunuh.

Makam Saidina Hamzah |
Perancangan Hindun berjaya, setelah Saidina Hamzah rebah dan mati, Hindun menghampiri mayat beliau dan membelah dadanya. Hindun kemudian mengambil hati dan cuba memakannya. Tetapi Allah swt tidak mengizinkannya, hati Saidina Hamzah tidak dapat ditelan oleh Hindun dan muntah kembali. Dari peristiwa pembunuhan kejam Saidina Hamzah inilah Rasullullah menangis dan murung kerana terlalu sedih. Jasad Saidina Hamzah dikebumikan di Jabal Uhud.
No comments:
Post a Comment