Kenapa dipanggil terminal haji? Sebab di sinilah para jemaah haji berkumpul sebelum pergi ke Makkah. Airport ni memang besar dan luas. Kami sampai pada jam 5.30 waktu Jeddah bersamaan 10.30 malam waktu Malaysia. Sepatutnya kami tak guna terminal ni sebab hanya untuk jemaah haji sahaja. Tapi atas beberapa sebab yang penulis sendiri tak tahu, terpaksala guna juga atas arahan kerajaan Saudi.
Menunggu giliran |
Proses paspot semuanya berjalan lancar, pegawai pun peramah dan pandai cakap melayu. Kalau tengok jemaah perempuan yang lawa skit, mereka akan sapa dan ajak bersembang, nak cop paspot pun buat-buat lambat. Mungkin mereka saja nak mengusik. Bagi penulis, lebih baik begini dari tarik muka masam. Kita dahla penat, sampai kat airport pegawai pulak bagi layanan sombong.
Mencari beg masing-masing |
Letak beg atas troley dan tolak sendiri |
Jemaah yang datang berihram, bertolak terus ke Makah |
Setelah selesai check paspot oleh pegawai imigresen, barulah kami ambil beg masing-masing. Semua beg diletakkan di suatu tempat. Carilah beg masing-masing dan letak dalam troley yang disediakan. Jangan pulak suruh orang berpakaian uniform yang duk pegang troley tu, tak pasal-pasal melayang 50 riyal. Mereka ni nampak je macam baik hati nak tolong tapi sebenarnya minta upah.
Tempat berehat |
Setelah setelah proses imigresen, kami di berehat sekejap diluar terminal sementara menunggu arahan selanjutnya dari mutawif. Dalam perjalanan penulis ke kawasan rehat di luar terminal, ada terserempak dengan pasangan yang sudah tua. Si Suami ni tak habis-habis dok membebel, penulis tanya kenapa. Dia marah kat Andalusia sebab langsung tak bantu dia tolong bawakan 2 beg besar. Dia salahkan mutawif yang hilang entah ke mana. Penat dia bawa beg keluar ke tempat menunggu bas. Penulis diam dan angguk sahaja. Rupanya dia tak guna troley yang disediakan. Patutlah berat nak bawa. Mungkin dia tak biasa dengan airport...entahla.
Bas 1 |
Setelah berehat sekejap untuk menghilangkan rasa penat dan bingung, kami dipanggil oleh mutawif masing-masing untuk pergi ke bas mengikut kumpulan. Penulis dan keluarga berada dalam kumpulan Bas 1.
Semua bas ni sedang menunggu jemaah umrah. Ikut mutawif masing-masing. Kalau bas tu park jauh memang nasib la kena jalan sambil bawa beg. Tapi bas kami park tak jauh dari tempat menunggu.
No comments:
Post a Comment