Tuesday, 24 March 2015

Travelog#26 - Berhenti di R&R

Berhenti Rehat dan Makan

Kami berhenti di R&R ni dah malam. Penulis lupa apa nama tempat ni. Mutawif kami kata, makan kat sini di taja sepenuhnya oleh Andalusia. Apa maksudnya penulis tak berapa paham. Mungkin makan kat restoran ni Andalusia bayar kot, tak termasuk dalam mana-mana pakej umrah. Mutawif kami suruh makan dalam group, maksima 5 orang. Famili penulis 10 orang jadi kena ada 2 meja la. Jemaah yang datang hanya berdua suami isteri kena campur dengan yang lain sebab nak bagi cukup 5 orang. begitulah sistem kat sini. Penulis tak berapa faham kenapa Andalusia buat macam ni.


Penulis tengok hampir semua meja diluar dah penuh. Mutawif arahkan supaya semua masuk ke dalam. Masih ada meja kosong. Mula-mula nak makan kat meja, tapi penulis tengok kat tepi dinding restoran tu ada macam pentas, karpet merah siap dengan bantal. Penulis tanya pekerja, yang ni untuk apa. Dia kata boleh makan disini jika selesa nak makan bersila. Apa lagi, famili penulis pun ambil 2 tempat...satu group 5 orang. Penulis memang suka makan bersila ni.

Makan bersila
Bila semua dah duduk, pekerja tu hamparkan alas plastik, pinggan pakai buang dan sebotol seorang air mineral. Tak lama sampailah hidangan macam gambar dibawah ni. Patutlah mutawif tu kata makan dalam group, rupanya nasi dihidangkan dalam satu dulang besar. Ini cara sunnah Nabi, berkongsi dalam satu hidangan. Nak makan dalam tu pun boleh atau ambil dan letakkan dalam pinggan masing-masing.

Nasi arab
Nasi arab yang tidak berkuah, ada ikan dan ayam. Lada hijau yang besar tu memang best. Rangup dan pedas...memang pedassss. Siapa yang boleh habiskan sebatang tu memang jaguh. Kat Malaysia takde lada ni. Apa jenis spesis pun penulis tak tahu. Kalau jumpa benih, boleh tanam kat kampung nanti. Rasa memang best, tambah pulak tengah lapar. Semua licin kena sapu.

Kisah Ummu Ma'bad

Lepas makan kami solat jamak qasar isyak dan maghrib. Lepas tu kami bertolak ke Makkah. Bas bergerak je mutawif kami cerita kenapa Andalusia sponsor makanan tadi. Sebabnya mengambil ikhtibar dari cerita Ummu Ma'bad. Semasa Rasul berhijrah ke kota Madinah dengan Abu Bakar, Rasul saw berhenti di suatu rumah di padang pasir. Pemilik rumah itu adalah Ummu Ma'bad. Rasul mengetuk pintu rumah dan bertanyakan makanan. Ummu Ma'bad bersedia untuk menerima tetamu tapi sekarang musim kemarau, tidak ada makanan yang mencukupi untuk rombongan Rasul saw.

Nabi saw ternampak seekor kambing kurus dan bertanyakan susunya, Ummu Ma'bad berkata tak mungkin ia akan keluarkan susu. Kemudian Rasul mengusap-usap puting kambing itu dan mula memerah. Dengan izin Allah swt, susu keluar dengan banyaknya, sehingga semua orang boleh kenyang. Dari cerita inilah Andalusia mengambil ikhtibar, memberi makan kepada mereka yang dalam perjalanan. Wallahuallam.


3 comments: