Ianya singkatan kepada Meningococcal Meningitis Quadrivalent satu vaksin yang bertujuan untuk mencegah penyakit radang pada selaput otak dan saraf tunjang. Vaksin ni diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun 1988 lagi tapi dulu vaksin lain bukan yang ini. Disebabkan kuman ni dah berevolusi, maka vaksin baru ACYW135 diperkenalkan untuk semua bakal jemaah haji dan umrah. Kalau nak tahu lebih lanjut, anda kena google sendiri, banyak maklumat yang lebih detail berkenaan vaksin ni.
Suntikan di Klinik Kerajaan
Kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan semua bakal haji dan umrah supaya membuat suntikan ni. Masa nak mohon visa, kita kena serah buku suntikan ni kepada agensi. Kalau takde, visa kita tidak akan dikeluarkan. Suntikan boleh dibuat di mana-mana klinik kerajaan atau swasta. Tapi penulis nak cerita tentang klinik kerajaan dulu. Penulis dah call hampir kesemua klinik kerajaan di daerah penulis tinggal, semuanya kehabisan stok.
Rupanya, suntikan ni dikhususkan hanya untuk jemaah haji sahaja. Jika ada lebihan barulah dibuka kepada public. Tapi yang peliknya ada pegawai klinik yang tak paham pertanyaan penulis, atau dia saja buat-buat tak faham? Penulis tanya pasal suntikan umrah, dia jawap tak tahu dan boleh tanya balik suntikan tu untuk apa? Then dia bagi nombor klinik lain. Pun sama jugak...pegawai tu cakap kat sini tak buat. Tapi klinik tadi kata boleh...hmm. Selepas call hampir 6 klinik, semuanya takde stok termasuk klinik Putrajaya.
Memandangkan bulan Jan-Mac adalah waktu peak orang pergi menunaikan umrah sebab musim sejuk, semua klinik kerajaan telah kehabisan stok. Harga untuk satu suntikan adalah RM5 sahaja. Patutlah habis, harga untuk klinik kerajaan memang murah sangat.
Suntikan di Klinik SwastaRupanya, suntikan ni dikhususkan hanya untuk jemaah haji sahaja. Jika ada lebihan barulah dibuka kepada public. Tapi yang peliknya ada pegawai klinik yang tak paham pertanyaan penulis, atau dia saja buat-buat tak faham? Penulis tanya pasal suntikan umrah, dia jawap tak tahu dan boleh tanya balik suntikan tu untuk apa? Then dia bagi nombor klinik lain. Pun sama jugak...pegawai tu cakap kat sini tak buat. Tapi klinik tadi kata boleh...hmm. Selepas call hampir 6 klinik, semuanya takde stok termasuk klinik Putrajaya.
Memandangkan bulan Jan-Mac adalah waktu peak orang pergi menunaikan umrah sebab musim sejuk, semua klinik kerajaan telah kehabisan stok. Harga untuk satu suntikan adalah RM5 sahaja. Patutlah habis, harga untuk klinik kerajaan memang murah sangat.
Nasib kami kurang baik, terpaksalah kena cocok kat klinik swasta. Pergi mana-mana klinik swasta dan tanya adakah disediakan khidmat suntikan umrah. Sekarang dah banyak klinik swasta ada suntikan ni, dekat cermin pintu pun ada dipaparkan "Suntikan Umrah ada disini". Tak kisahlah doktor tu muslim atau bukan, boleh sahaja. Harga untuk satu suntikan ni adalah RM120-140 bergantung kepada klinik tu. Tapi yang paling mahal penulis tanya adalah di klinik DBKL, satu suntikan RM200. Mahal tak? Patutlah klinik kerajaan susah ada stok, jauh sangat perbezaan harganya.
Setelah disuntik, kita akan diberi buku suntikan. Pastikan klinik tu bagi buku ni atau tanya dulu. Ada juga kes klinik tak bagi buku, kalau takde macam mana nak buat visa kerana buku ni kena serahkan kat kedutaan Arab Saudi. Hati-hati dengan klinik yang menawarkan harga terlalu murah, selalunya dia tak bagi buku. Satu suntikan biasanya bertahan sehingga 3 tahun. Jadi kalau tahun ni kita buat suntikan, dan nak pergi umrah lagi pada tahun hadapan tak perlu cocok dah atau selagi masih ada tempoh. Ada juga klinik swasta yang paksa kita buat medical checkup, sebenarnya tak perlu...ini untuk jemaah haji sahaja.
Penulis dan famili buat suntikan di poliklinik Sheikh kat Kota Kemuning, Shah Alam. Bayaran RM150 untuk 5 tahun. Kat situ tak ada yang untuk 3 tahun. Kira murah juga tu.
Tempoh suntikan sehingga 5 tahun. |
Penulis dan famili buat suntikan di poliklinik Sheikh kat Kota Kemuning, Shah Alam. Bayaran RM150 untuk 5 tahun. Kat situ tak ada yang untuk 3 tahun. Kira murah juga tu.
Terima kasih atas prkongsian berguna tuan ini dan memang benar, banyak perbezaan antara penyediaan maklumat antara kakitangan kerajaan yang tidak mesra pelanggan dan kakitangan swasta yang beroentasikan keuntungan..
ReplyDeleteAdakah terdapat kesan sampingan suntikan ini utk ibu yg hamil
ReplyDeleteSdr Asma...kena tanya doktor, sy pun x pasti.
ReplyDeleteDi Kota Bharu khabarnya harga sangat murah berbanding tempat lain.
ReplyDeleteKlinik K,
Jln Kebun Sultan.
Anggaran suntikan RM35/pax.
Jika bilangan keluarga Jemaah umrah seramai 7 org. Pasti berbaloi hendak kesana dgn menaiki GMC Malaysia kann. walaupun tuan dari selatan Tanah air
Apapun kena sahkan dahulu ya...
ibu hamil tidak dibenarkan mengambil suntikan vaksin ini..sy tanya doc krn bakal mengerjakan umrah mggu hadapan
ReplyDeleteSis..saya pon bakal mengerjakan umrah..tgh preggy 3 bln..arab saudi kuarkan x visa kalu x amik vaksin ni
DeleteSis fiza ahmad ... jika hamil kite x nole ambil vaksin ... tp d benarkn x pergi ... sbb suntikan vaksin tu utk dptkn visa kn?
ReplyDeletehttp://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=444
Deleteklu baca dari blog ni ade dibgtau pasal suntikan vaksin tuk ibu mengandung
http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=444
Deleteklu baca dari blog ni ade dibgtau pasal suntikan vaksin tuk ibu mengandung
salam sis hidayati..masalah sy sma mcm awak..jd awk boleh g ke umrah tanpa vaksin?
DeleteTerima kasih atas perkongsiannya...tak sabar kalu dijemput pergi ke sana...
ReplyDeletekanak2 pun kena ambil juga ye suntikan ni?
ReplyDeleteMesti tuan..dn harganya pn sama
DeleteTerima kasih atas info ini.
ReplyDeleteTerima kasih atas info ni
ReplyDeleteTerima kasih atas info ni
ReplyDeleteTerima kasih atas info ini.. sangat berguna.
ReplyDeletebilehkan suntikan ini untuk pasien yg mengambil warfarin
ReplyDelete