Hari ni 10 Mac 2015, hari terakhir di Madinah...esok semua berangkat ke Makkah untuk ibadah umrah. Selama 4 hari kami menetap dan melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh, akhirnya terpaksa juga berpisah dengannya. Rasa sedih bercampur gembira. Sedih tu kerana nak berpisah dengan Rasulullah saw. Gembira tu sebab nak pergi jumpa Kaabah. Memandangkan hari ni takda program dan terakhir di sini, kami berpakat nak jalan-jalan shopping. Pagi selepas sarapan, kami semua bersiap untuk melontar. Kat Madinah pun ada hukum haji sebenarnya...melontar riyal :)
Kami turun dari bilik hotel, satu famili berkumpul kat lobi. Dah ready semua kami pun mulalah berjalan-jalan sekitar Madinah, jengok kiri kanan tengok apa yang menarik untuk dibeli. Dalam fikiran ni macam-macam nak beli, untuk diri sendiri dan hadiah. Sebenarnya, kalau betul nak shopping tak susah, keluar hotel je dah ada banyak kedai. Yang jual tepi lorong pun ramai. Tapi kami nak cari supermaket atau hypermarket, tak kisah la apa pun..saja nak lepak dalam tu. Lagipun ada bawa anak kecil, dalam tu sejuk dan selesa. Kat luar ni ramai orang dan panas sedikit.
Bin Dawood
Siapa pun yang datang ke Madinah, pasti akan shopping disini. Supermarket Bin Dawood, adalah yang terbesar di Saudi. Kat mana-mana pun ada, di Makkah pun ada. Dalam kompleks ni ada jual macam-macam sama konsepnya dengan Mydin Mall atau Tesco. Untuk kesini tak susah, tak perlu naik bas atau teksi. Keluar je mana-mana pintu utara masjid, dah boleh nampak singboard Bin Dawood. Macam penulis lalu kot hotel Dar Al Taqwa sebab jalan kaki dari hotel Mubarak Silver. Jalan terus, jangan pandang belakang dan anda boleh nampak sign besar seperti gambar dibawah.
Bin Dawood |
Masuk je pintu Mall tu dah nampak escalator. Ada banyak tingkat, penulis cuba dulu naik tingkat atas, saja nak tengok apa yang ada. Naik je betul-betul depan escalator tu ada kedai jual jubah dan abaya. Penulis memang ada niat nak cari jubah kat sini, dengar cerita harganya murah dan amat berkualiti. Kat tepi lorong tu pun banyak jual dengan kereta tolak, tapi low kualiti...harga dalam 15 riyal sahaja.
Signboard kedai tu ada tulis Daffah, sebelah tu tulis Al-Aseel. Kedua-dua kedai tu rupaya reseller atau distributor untuk jenama-jenama jubah tu. Rupanya, kat Saudi ni jubah yang paling terkenal dan famous adalah Daffah dan Al-Aseel. Cutting dan material memang amat selesa untuk dipakai. Semua saiz ada, untuk budak kecil pun ada.
Al-Aseel |
Daffah |
Penulis beli 2 helai, masing-masing satu jenama. Harga 90 riyal untuk Daffah. Kalau Al-Aseel 75 riyal. Semuanya 100% cotton. Kalau kat Malaysia, harga boleh mencecah RM150-200 tapi susah nak dapat sebab ramai orang tak tahu. Orang kita suka sangat dengan jenama Al-Haramain, tapi kat sini tak laku. Seingat penulis, Al-Aseel hanya ada satu jenis material sahaja. Kalau Daffah memang banyak, tebal, nipis, bercorak semua ada. Selain putih ada juga warna-warna lain.
Daffah warna putih |
Balik hotel terus try, memang selesa. Selain ukuran tinggi, kena tahu juga ukuran lebar. Kalau tubuh kita besar dan gemuk, kena pilih saiz L atau XL. Contoh saiz tinggi 54 inci, ada 54MM, 54LL, 54XL. So walaupun saiz labuhnya sama, tapi lebarnya tak sama. Kalau badan kurus, kena beli 54MM, sebab jika beli yang 54LL nanti jadi kembang, tak lawa. Boleh tengok kat laman web:
Selain jubah, kopiah, ihram, serban dan lain-lain banyak juga dijual. Harga memang berpatutan. Boleh tawar menawar, peniaga semua boleh berbahasa melayu.
No comments:
Post a Comment