Friday 27 March 2015

Travelog#36 - Ladang Unta

Lawatan ke Ladang Unta

Dalam program kami memang ada lawatan ke ladang unta ni pada 16/3/2015. Tapi oleh kerana di Arab Saudi dah merebak virus Merc-Corona jadi lawatan ni terpaksa ditangguhkan. Virus ni dah merebak di negara timur tengah. Antara yang terlibat ialah Saudi, Iran, Jordan, Kuwait, Yaman, Qatar, Lebanon dan Oman. Virus ni bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Jadi pihak Andalusia tidak mahu mengambil risiko.

Maklumat lawatan ladang unta yang dibatalkan
Sayang, datang jauh ingat boleh merasa minum susu unta segar. Tapi keadaan dah jadi begini, kami redha sahajalah. Susu unta diperah kat situ, boleh minum fresh. Sebelum bertolak ke Makkah, mutawif atau pihak Andalusia tidak memberi apa-apa pun maklumat tentang virus ni. Kami tahu hanya setelah sampai di Makkah.

Ladang unta ni terletak di padang pasir. Dah memang habitat dia macam tu, bukan macam kambing yang boleh letak dalam kandang. Unta haiwan yang cukup istimewa sehingga Allah swt ada menyebut dalam beberapa surah di dalam Al-Quran. Kat ladang ni ada jual susu, boleh beli dan buat bekal. Penulis tak tahu berapa harganya kerana lawatan ini dibatalkan. Lupa pulak nak tanya mutawif.

Balik Malaysia je, ada berita tentang jemaah umrah yang terkena jangkitan virus Merc-Corona ni. Seramai 15 orang dah dimasukkan ke hospital. Mereka semua dijangkiti selepas membuat lawatan ke ladang unta. Yang pasti mereka bukan jemaah dari agensi Andalusia.

15 jemaah umrah alami gejala ILI

ALOR SETAR 24 Mac - Sebanyak 15 jemaah umrah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini malam tadi selepas mengalami gejala penyakit seperti Influenza (ILI).

Difahamkan, kesemua mereka merupakan sebahagian daripada 49 individu yang dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang selepas mengalami simptom batuk, sakit badan dan selesema.

Walau bagaimanapun, hanya 15 individu dimasukkan ke wad HSB selepas didapati mengalami simptom ILI.

Spesimen yang diambil dihantar ke makmal perubatan bagi mengesahkan sama ada mereka dijangkiti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS-CoV). - UTUSAN ONLINE - See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/15-jemaah-umrah-alami-gejala-ili-1.73145#sthash.eHbn9Jbb.dpuf

No comments:

Post a Comment