Semua orang tahu, kalau nak pergi haji atau umrah memang memerlukan persediaan dari segi mental, jasmani dah rohani. Tubuh kena kuat dan sihat. 2-3 bulan sebelum tu amalkan senaman dan jaga pemakanan. Latih minda dan badan kita supaya boleh bertahan dalam keadaan ekstrem. Jangan ambil mudah, sesetengah orang tak tahu pun dia sebenarnya lemah dari segenap sudut sebab tak pernah keluar peluh. Masuk office ada ekon, masa drive bukak ekon, nak tidur pun guna ekon. Jadi bila masa tubuh ni keluarkan peluh? Apabila dah sampai sana, asyik semput jer...hah baru tahu.
Sediakan apa-apa sahaja vitamin untuk tambah tenaga. Multi vitamin pun bagus jugak. Di sana nanti makan sebiji sehari untuk energy booster. Tak kiralah umur kita ni muda atau tua, kesihatan tetap kena jaga. Kalau smoker tu nilah masa nak berhenti merokok. Jika tak mampu kurangkan. Kena bersedia juga tentang menu makanan arab ni, kalau tekak ni asyik teringatkan petai dan budu jer susah jugak. Nanti masa tidur pun boleh mengigau. Biasakan diri di tempat orang, kalau nak ikut selera tekak sendiri bawalah apa yang patut. Tapi janganlah bawak tempoyak dalam kapal terbang, nanti berbau satu kabin tu. But if ada jemaah yang bawa sembunyi-sembunyi boleh jugak penulis tumpang sekaki. :)
Selalu bersangka baik dengan Allah swt. Banyak dugaan masa kat sana, sebelum berlepas pun dah ada dugaan...awal-awal lagi Dia dah nak tengok sejauh mana kuatnya imam kita. Bukan dengan Allah swt sahaja, sesama manusia pun kena bersangka baik. Bantu membantu antara jemaah. Kalau kita orang muda, ringankan tulang tu tolong angkat beg pakcik dan makcik walaupun kita tak kenal. Dah jadi satu jemaah, kenalah berkenalan dan bersosial. Jangan sombong dan angkuh, jaga lidah dari mengeluarkan perkataan yang kurang elok. Banyakkan solat sunat taubat sebelum ke sana. Minta ampun banyak-banyak, kita semua ni ada dosa samada sedar atau tidak. Masa berdoa tu jangan lupa doakan untuk ahli keluarga terutama jika parent ikut sekali. Perbaiki solat tu biar sempurna. Banyakkan baca Al-Quran, atau mendengar bacaan pun dapat pahala juga. Perbetulkan niat biar ikhlas, jangan niat pergi umrah kerana nak riak atau takabur.
Kena banyak belajar bersabar. Manusia ni banyak ragam, kadang-kadang perbuatan mereka boleh membuatkan kita rasa tak selesa. Pastu mulalah naik darah. Insyaallah, kena betul-betul kawal diri dan perasaan. Tu pun salah satu ujian jugak. Kalau buat umrah pun dah kecoh asyik bergaduh, apatah lagi ibadat haji...time tu jutaan manusia bersama-sama dengan kita. Lagilah banyak ragam. Jangan pentingkan diri sendiri, berkongsi apa yang patut. Sentiasa beri keutamaan kepada mereka yang lemah. Bergerak dalam jemaah, atau bagitau famili dan rakan-rakan jika kita berhajat pergi ke suatu tempat seorang diri. Kalau kita ada terambil harta orang tanpa izin tuannya, gantikan semula. Kalau tak mampu ganti, minta dia halalkan.
Akhir sekali tawakal kepada Allah swt. Kita tak tahu apa yang bakal dihadapi apabila kaki memijak ke tanah suci. Kalau yang baik-baik belaka hendaklah banyak bersyukur, jika sebaliknya mungkin ada hikmah yang kita sendiri pun susah nak takwil. Yakin bahwa amalan kita diterima, doa kita dimakbulkan. Jangan fikir sangat hal-hal duniawi, minta ampun banyak-banyak sementara nyawa masih ada. Banyakkan menginsafi diri sendiri, musahabah diri dan penyesalan atas perbuatan kita yang menyakiti orang lain samaada sengaja atau tidak. Maafkan mereka yang pernah menzalimi kita, kalau tak mampu maafkan, jangan kutuk mereka dalam doa kita...tak baik buat macam tu. Biarlah Allah swt sahaja yang membalasnya. Nasihat ini penulis tujukan kepada diri sendiri dan kalian semua. Akhir kata, semoga kita semua mendapat umrah yang mabrur. Insyaallah.

No comments:
Post a Comment