Friday, 27 March 2015

Travelog#34 - Jabal Rahmah

Jabal Rahmah - Bukit Cinta

Perjalanan kami seterusnya di Jabal Rahmah. Driver bas kami ni kelakar dan banyak tahu tentang sejarah Makkah. Dia boleh cakap melayu. Dia adalah pemandu bas pertama ziarah kami di Makkah. Tak sunyi dalam bas tu, ada sahaja ceritanya. Dalam perjalanan banyak dia tunjukkan tempat-tempat yang menarik, yang takda dalam program lawatan sampai mutawif kami nak bercakap pun tak boleh. Ada sahaja cerita yang dia sampuk. Elok serahkan sahaja mic tu kat dia...biar dia cakap puas-puas :)

Jabal Rahmah
Tapi seronok ada driver macam ni. Setelah lama dia membebel, akhirnya kami sampai di Jabal Rahmah. Apa yang menariknya di sini? Kat sinilah dikatakan pertemuan pertama antara Nabi Adam as dan Siti Hawa. Mereka berdua diturunkan berasingan oleh Allah swt dari Syurga dan bertemu di Jabal Rahmah. Mereka mendapat murka Allah swt kerana memakan buah Khuldi, sejenis buah di Syurga yang dilarang oleh Allah swt untuk dimakan. Tetapi Iblis berjaya menghasut mereka, akhirnya Nabi Adam dan Hawa memakan buah tersebut. Allah swt telah menerima taubat mereka, tetapi dihalau dari Syurga dan diturunkan ke bumi. Kisah ini terdapat di dalam Quran surah Al-Baqarah: 30-38.


Tugu

Di puncak tak ada gua, hanya ada satu tiang setinggi 8 meter yang menjadi tugu sebagai tanda pertemuan Adam dan Hawa. Tapi tidak ada satupun riwayat yang boleh dianggap sahih mengatakan disnilah mereka bertemu selepas beberapa ratus tahun berpisah. Takpela dah sampai, kita ziarah sahajalah. Atas puncak inilah mereka bertemu. Ada tangga yang menuju ke puncak tapi agak curam. Bukit ni tak tinggi, mendaki sekejap je sampai tapi berpeluh jugaklah sebab kami sampai disini waktu tengah hari. 

Tiang ni dulu warna putih, tapi dah jadi kotor terutama di bahagian bawah kerana orang tulis nama kononnya nak ambik berkat supaya ditemukan jodoh. Atau kalau dah berkahwin dikekalkan jodoh hingga akhir hayat. Perbuatan ini ditegah oleh sebahagian ulamak kerana ianya perbuatan yang sia-sia. Yang berdoa pun ramai juga, doa tak salah tapi jangan berdoa mengadap tiang tu, hadaplah ke arah kiblat. Sekarang di cat warna biru dan terdapat grafik bergambar yang melarang jemaah dari melakukan perbuatan yang dianggap salah dari segi hukum syarak.


Tugu di puncak bukit
Laluan ke Puncak

Nak naik ke puncak ada 2 jalan. Satu melalui tangga curam tu. Datang sini baik pakai seluar, selesa dan mudah nak melangkah naik dan turun. Kedua melalui jalan berbatu tu. Kalau tengok ramai orang kat tangga, boleh sahaja naik melalui celah-celah batu tu. Tak susah sangat, ada banyak laluan kat situ. Pakcik, makcik, yang bertongkat pun boleh naik...apatah lagi orang muda.

Orang sedang mendaki
Jurufoto Tak Bertauliah

Mutawif kami dah ingatkan, sampai sini jangan layan jurufoto bebas. Mereka ni menjual gambar guna kamera polaroid (instant camera), sejenis kamera yang mampu print filem hanya dalam beberapa minit secara langsung...jadi tak perlu cuci kat kedai. Penulis sendiri dah banyak dengar cerita dari sahabat yang harga untuk servis ni memang mahal dan tak masuk akal.

Sampai nak bergaduh pun ada, orang dah cakap taknak dia snap jugak pastu paksa suruh bayar. Ada kes tu mintak sekeping jer, tapi dia print sampai 10 keping..seronok je rasa dia suruh kita posing sana sini. Rupaya nak print lebih. Sekeping boleh mencecah sehingga 50 riyal. Tapi mutawif kami taklah melarang, kalau nak jugak deal harga sampai puas hati. Kalau sekeping 10 riyal tu agaknya boleh la.

Kamera Polaroid. Sumber Google
Kat sini ada banyak gerai van. Ada jual air, snek, makanan ringan dan aiskrim. Orang Arab ni memang pandai buat aiskrim, ramai jugak yang beli, tambahan pulak tengah panas...memang sedap.

Jabal Rahmah ni dekat dengan padang Arafah, memang lalu kot situ. Mutawif sempat tunjukkan kawasan Arafah ni. Padang ni hanya diguna setahun sekali sahaja pada musim haji untuk melakukan ibadat wukuf.

No comments:

Post a Comment