Dalam manasik umrah tulisan Ustaz Daud Che Ngah, tawaf wida ni wajib kena buat macam ibadah haji. Tawaf wida ni dibuat pada hari terakhir di Makkah, dan selepas itu kita akan keluar meninggalkan Makkah. Tapi adakah ianya wajib untuk umrah. Tawaf wida ni adalah tawaf selamat tinggal kepada Kaabah sebelum kita pulang ke destinasi asal (rumah).
Ada banyak pendapat. Secara kasar, ada dua pandangan; (i) wajib seperti wajibnya tawaf wida selepas haji. (ii) Tidak wajib.
Dari sudut dalil, tidak ada nas khas yg sahih tentang tawaf wida untuk umrah. Yang ada cuma nas umum yang diucapkan Nabi ketika haji wida, iaitu "Jangan seorang pun balik sehingga menjadikan akhir perbuatannya ialah (tawaf) di Kaabah". (Sahih Muslim no: 1327).
Nas khas yg diriwayatkan dalam Sunan Tirmizi dan lain-lain adalah DHAIF iaitu dgn lafaz: "Sesiapa buat haji atau umrah, maka hendaklah akhir perbuatannya ialah (tawaf) di sisi Kaabah". HR: Tirimizi (no: 946). Katanya: GHARIB.
Walaubagaimana pun, lebih ihtiyath untuk dilakukan tawaf widak selepas umrah kerana nas hadis tawaf wida adalah umum. (Fatawa Lajnah Daemah, no: 2873).
Tidak perlu bayar dam dalam kes ini kerana sewaktu dia buat umrah, dia berpegang kepada fatwa tidak wajib tawaf wida. Hatta, kalau kemudiannya dia berpegang kepada fatwa lain yang kata wajib, pegangannya kepada fatwa kedua tidak menjejaskan amalannya yang lalu.
Mutawif kami ada memberikan penerangan ringkas mengenai tawaf wida. Katanya selepas buat tawaf wida, tak boleh berselfie, hatta nak tolong orang berselfie pun tak dibernarkan. Tak boleh shopping, tak boleh tidur dalam bilik, dan banyak lagi yang tak bolehnya. Persoalannya betul ke?
Ulamak berselisih pendapat dalam hal ini. Ada yang berpendapat, apa yang penting adalah NIAT. Kalau niat tu memang dah nak meninggalkan kota Makkah, tidak mengapa. Nak shopping ke, nak tidur ke, nak berselfie ke boleh sahaja sebab memang kita akan meninggalkan Makkah. Yang jadi salah ialah, dah buat tawaf wida tapi masih ada di Makkah, atau sengaja melengahkan perjalanan pulang. Wallahuaalam.
Setelah kami semua selesai buat tawaf wida, kami berkumpul di lobi pada jam 10.00 am. Beg-beg kami semuanya dah diambil oleh pekerja hotel setelah solat subuh. Mutawif kata kena kumpulkan beg besar sahaja di depan pintu bilik, nanti pekerja akan ambil sehingga pukul 7.00 am.
Setelah semua urusan check out selesai, kami pun menaiki bas menuju ke airport Jeddah. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Dalam perjalanan tu sempat jugak tengok unta kat padang. Mutawif juga ada beritahu kena kutip 15 riyal setiap seorang untuk urusan di airport nanti. Banyak juga Andalusia kutip duit ni yer. Sana sini semuanya duit. Penulis ikut sahaja, dah diberitahu begitu kami ikut sahajalah.
No comments:
Post a Comment