Friday, 27 March 2015

Travelog#29 - Masjidil Haram

Masjidil Haram

Rasanya penulis tak perlulah cerita sejarah Masjid ni dengan panjang lebar. Anda boleh google dan baca sendiri. Apa yang penulis nak terangkan adalah situasi dan keadaan Masjidil Haram pada Mac 2015. Sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran tentang keadaan sebenar untuk panduan jemaah umrah/haji tahun 2015.

Kren-kren sedang berkerja 24 jam tanpa henti
Inilah gambar Masjidil Haram yang diambil pada Mac 2015. Berdiri gagah di tengah-tengah kota Makkah. Masjid terbesar dunia dan paling suci bagi ummat islam. Masjid ini dibina mengelilingi Kaabah. Pertama kali melihat masjid ini pun penulis dah rasa kagum, stuktur dan design sangat cantik. Masa penulis datang ke sini, separuh bahagian masjid ni telah diruntuhkan atau dibaiki. Tapi bangunan baru dah hampir siap.

Dalam Masjidil Haram
Masjidil Haram ni banyak tingkat, dan untuk ke naik ke atas semuanya ada disediakan escalator. Sama macam Masjid Nabawi, dalam ni terdapat banyak tong zam-zam, malah telaganya terletak dibawah masjid ni. Cuma penulis tak dapat tengok telaga tu kerana ditutup untuk projek pembesaran masjid. Oleh kerana masjid ni amat luas, banyak papan tanda disediakan untuk memudahkan pergerakan jemaah. Semua bahagian masjid berhawa dingin termasuk bangunan bertingkat saie.

Tong zamzam banyak disediakan

Keaadaan masjid pada Mac 2015 cukup-cukup kritikal. Kerja-kerja pembinaan berjalan 24 jam tanpa henti. Habuk tebal bertebaran dibawa angin. Habuk simen, bukannya habuk tanah...boleh memberi kemudaratan yang serius pada kesihatan. Sesiapa pun yang ke sana ketika ini pasti akan rasa kurang selesa dan batuk. Dulu hanya dibahagian luar masjid, tetapi sekarang dibahagian dalam pun ada renovation. Boleh nampak habuk berterbangan ketika duduk dalam masjid tak kira siang atau malam. Di nasihatkan pakai penutup hidung untuk mengurangkan kesan habuk. Tapi masa dalam ihram janganlah pakai kerana ianya berjahit.

Tangga dan escalator untuk ke dataran Kaabah
Sesiapa yang melawat muzium pasti akan lihat model baru Masjidil Haram, memang besar. Bangunan baru tu dijangka boleh menampung sehingga 300 ribu jemaah lagi. Gambar dibawah ni adalah bangunan baru tersebut. Stuktur luar dah siap. Hanya bahagian dalam sahaja yang masih dalam pembinaan. Dengar cerita masjid ni akan siap sebelum musim haji 2015. Wallahuallam.

Bangunan baru
Rupa bentuk baru masjid
Inilah rupa bentuk baru seperti gambar diatas. Projek mega Masjidil Haram akan berterusan dari semasa ke semasa. Jumlah jemaah dari seluruh dunia menyebabkan perlunya penambahbaikan untuk keselesaan semua.

Sistem Trafik

Pada Mac 2015, pemerintah Saudi buat sistem trafik untuk jemaah yang ingin datang solat ke masjid ni. Disebabkan separuh bahagian masjid ni tak boleh guna, maka askar-askar membuat satu sistem aliran trafik untuk pergerakan para jemaah. 30 minit sebelum azan, pintu-pintu utama masjid akan di block dengan penghadang dan jemaah yang datang selepas itu akan diarahkan pergi ke satu pintu lain. Pintu nombor berapa penulis lupa tapi ada tangga turun ke bawah.

Boleh dikatakan setiap kali sesak askar akan lencong jemaah ke pintu bawah tanah ni dan kita akan solat bawah tanah, tapi selesa dan berhawa dingin. Ada rak untuk letak barang, boleh kunci. Tong zam-zam pun banyak disediakan.

Penghadang berwarna hijau

Tujuan sistem ni adalah tak nak bagi overloaded. Masjid buat masa sekarang tidak mampu menampung semua jemaah. Yang datang lewat setelah Imam takbir terpaksalah solat didataran. Pada hari jumaat lagi ramai, kalau nak solat depan Kaabah kena datang 2 jam lebih awal. Kalau lewat bukan kat dataran tapi terpaksalah cari saf atas jalan raya tu.

Selipar

Boleh bawa masuk dalam masjid, tapi mesti letak dalam uncang atau plastik. Di setiap pintu utama masjid ada disediakan plastik beg pakai buang yang diberi secara percuma. Masukkan selipar dalam plastik dan letakkan di dalam rak-rak kasut yang banyak disediakan di dalam masjid. Selepas guna, buang plastik tadi ke dalam tong sampah.

Beg plastik
Hilang selipar ni dah jadi isu biasa di Tanah Haram. Selalunya yang hilang selipar ni dia tak bawa bersama-sama semasa masuk dalam masjid. Atau letak kat rak kasut tapi pergi solat kat hujung sana. Seeloknya bawa bersama dengan kita sepanjang masa, nak solat letak tepi. Atau cari rak yang paling hampir tempat kita solat.

Ramai yang fikir ini Tanah Haram, kita tawakal sahaja pada Allah swt. Memanglah semua perkara kena tawakal tapi kena usaha dulu. Di zaman Rasul, ada seorang Arab Badwi yang tidak mengikat kudanya. Rasulullah bertanya "Kenapa kudamu tidak diikat?" Arab Badwi itu berkata "Aku bertawakal kepada Allah swt. Rasul membalas "Ikat kudamu terlebih dahulu, barulah tawakal".

No comments:

Post a Comment