Friday, 3 April 2015

Travelog#42 - Airport Jeddah

Pulang ke Malaysia

Kami tiba di airport Jeddah pada waktu tengahhari. 17/3/2015 genaplah 12 hari kami di Tanah Arab. Sampai sahaja di airport, mutawif kami tolong ambilkan beberapa  trolley, semua beg-beg diletakkan diatas trolley. Tak kiralah beg siapa pun, semua beri kerjasama...letak je atas trolley tu dan bawa ke kaunter sebab akhirnya semua beg tu akan check in jugak. Tunggu je beg kita sampai di Malaysia.


Kami diarahkan supaya tunggu sebentar dan lepak di luar. Dah dekat waktu zohor, kami diberi makan dalam pek dengan air mineral setiap seorang. Pek tu takde tulis apa-apa, kosong. Buka je ada ayam seketul dan sambal. Nasi putih kosong sahaja. Tak tahu nasi apa, tapi perut tengah lapar, makan je la.



Lepas semua makan, kami solat jamak Zuhur dan Asar disitu. Lepas tu kami disuruh masuk ke dalam untuk urusan penyerahan paspot dan boarding pass. Setelah semua paspot diserahkan, kami diarahkan check in. Masa penerbangan ialah pada pukul 5.30 petang. Semua beg mutawif yang uruskan, tak perlu risau. Kita ambil di airport KLIA 2 nanti. Yang kena bawa sendiri ialah beg-beg kecil.


Air zam-zam akan diberikan 5L setiap seorang kecuali baby atau budak yang umur bawah 2 tahun. Penulis tengok air zamzam tu di letak dalam kotak dan ditulis nama masing-masing. Sampai di KLIA 2 nanti, masing-masing sepatutnya ambil ikut nama tapi mutawif kata ambil seorang satu tak kiralah nama siapa pun. Sebab kalau nak cari nama ni memang lambat. Semua kotak zamzam tu di longgok macam tu sahaja.



Flight delayed hampir 3 jam lebih. Sepatutnya pukul 5.30 pm, tapi kami bertolak hampir pukul 9.00 pm. Sementara menunggu tu kami diberikan makanan dalam pek, roti dengan air kotak. Tapi serius, tak sedap langsung. Ada jemaah yang langsung takda selera nak makan. Kami solat jamak maghrib dan isyak di terminal secara berjemaah. Mutawif kami jadi imam. Lepas solat je kami dipanggil untuk masuk ke dalam flight.


Kami diberi makan 2 kali, sama seperti sebelumnya. Menu pertama chicken teriyaki dan menu kedua nasi ayam. Penulis belasah je sampai habis. Lepas makan cuba nak tidur, nak kena tunggu 9 jam baru sampai. Tutup mata je teringat-ingat Makkah dan Madinah. Terasa berat kaki ni sebenarnya nak meninggalkan kota suci tu. Entah bila pulak kami boleh datang ke sini lagi. Masa perjalanan, tak boleh fikir apa-apa...asyik teringatkan Makkah sahaja. Hampir 2-3 jam jugaklah baru terlena.



Kami sampai di KLIA 2 lebih kurang pukul 12.00pm waktu Malaysia. Setelah selesai proses imigresen, kami ambil beg dan air zamam. Penulis tengok ramai sanak saudara dah menunggu ahli keluarga masing-masing. Ada yang menangis...berpeluk sebab terlalu gembira. Kami semua selamat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna.

Syukur kerana segala perancangan berjalan dengan baik dan lancar. Setiap dari kami hanya mengharapkan mendapat umrah yang mabrur dari-Nya. Semoga kenangan semasa di Tanah Suci akan kekal sehingga akhir hayat. Kami berdoa semoga diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu Allah swt...insyaallah.


TAMAT

10 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Terima kasih atas perkongsian blog yang sangat bermanafaat.
    Banyak ilmu yang saya perolehi,
    Saya dah tamat membaca kesemuanya,
    Dengan iringan doa dan khendak Allah insyaAllah 28 Disember saya akan terbang menunaikan umrah. Semoga selamat kesemuanya.

    Terima kasih tuan penulis.

    ReplyDelete
  2. T.kasih...semoga sdr mendapat umrah mabrur.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih... banyak memberi panduan. Insyaallah saya sampai kesana bulan 5 2016 nnt...

    ReplyDelete
  4. Jazakallahu khairan kathira, tuan...banyak ilmu dan panduan yang kami dapat.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Tq tuan, saya nak ambik sedikit sebanyak input dari sini untuk disharekan ke blog saya. memang rindu dengan 2 tanah suci ni.. huhu...moga diberi peluang untuk menjejakkan kaki di sana lagi. Aminn.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... input yg sgt bermanafaat. Izinkan saya kongsi info2 ini dan doakan semoga saya dan keluarga diberi peluang ke sana satu hari nnt...

    ReplyDelete
  8. Tuan, tak ada posting yg baru lagi utk dikongsikan?

    ReplyDelete
  9. semoga jasa tuan dalam menyediakan blog ini dibalas Tuhan dengan kebaikan dan isteri nombor 2 .....

    ReplyDelete
  10. Sy share kat fb ye tuan.......inshallah January 2020 Sy sekeluarga akan pergi umrah.....terima kasih infor yg sangat bermanafaat.

    ReplyDelete