Wednesday, 25 March 2015

Travelog#17 - Maqam Rasulullah saw

Maqam Nabi Muhammad saw

Pagi 8 Mac 2015, hari yang sama sampai di Madinah, kami dibawa oleh mutawif untuk menziarah maqam Nabi dan Rawdah. Untuk perempuan, diadakan masa khusus untuk ke maqam dan rawdah. Jadi penulis tak boleh pergi sekali dengan istri dan umi. Program pagi tu hanya untuk lelaki sahaja.

Bab As-Salam
Nak pergi ke maqam Rasul kena melalui pintu As-Salam dan selepas ziarah keluar ikut pintu Baqi. Kenapa dipanggil pintu Baqi? Sebab pintu ni mengadap ke arah perkuburan Baqi. Mutawif kami tunjukkan pintu ni, letaknya dekat dengan kubah hijau, kerana maqam Rasul berada tepat dibawahnya. Kalau tak jumpa cari pintu ni, cari je kubah hijau, kemudian cari pintu dekat situ yang ditanda Bab AsSalam. Pintu ni juga satu-satunya pintu yang dibuka 24 jam, tak pernah ditutup. Semua pintu masjid akan ditutup pada tengah malam kecuali pintu ini. Boleh juga masuk melalui pintu An-Nisa dibelakang maqam. Tapi kena melalui kawasan Rawdah dulu. Kat situ sentiasa sesak dengan jemaah.

Pintu Baqi.
Ada ramai polis yang jaga kawasan ni. Kena beratur, dah sebarang perbuatan syirik dan bidaah adalah dilarang. Ramai juga yang berdoa mengadap kubur Nabi, memang kena marah la dengan pak syeikh. Yang cuba cium dan sapu dinding maqam pun ramai juga.



Sampai sahaja di depan makam, ucapkan salam kepada Rasul,..Assalamu alayka ya Rasulullah. Dan bacalah doa serta selawat. Tapi jangan tadah tangan pulak, nanti kena tegur dengan pak syeikh yang jaga kat situ. Dalam tu gelap tak ada lampu. Tapi boleh nampak dari celah-selah pagar tu atau lubang. Makam yang ditutup dengan kain berwarna hijau, ada banyak tulisan khat. Sebelah makam Rasul ada 2 lagi makam iaitu Abu Bakr dan Umar.

Makam Rasul saw
Rasa sebak dan sedih, penulis kini berada di depan Rasulullah saw. Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah swt. Baginda juga adalah ketua para nabi. Beliau saw orang pertama yang akan masuk syurga. Sungguh banyak pengorbanan Baginda saw terhadap ummatnya. Islam yang ada sekarang adalah hasil tarbiah olehnya. Berkat kesabaran dalam menyebarkan dakwah, akhirnya agama Islam diterima diseluruh pelusuk dunia. Seram sejuk rasanya melihat sendiri maqam Baginda. Disinilah tempat turunnya malaikat Jibrail untuk menyampaikan wahyu. Allah swt dan Malaikat berselawat keatasnya, selalu diziarahi oleh para malaikat, mengajarkan kepada Baginda saw tentang agama Allah swt.


Makam ni terletak bersebelahan Rawdah. Disekitarnya ada disediakan ruang solat. Belakang makam diletak rak al-quran. Kat situ ramai juga orang solat. Tapi kalau nak intai ke dalam memang tak nampak sebab terlindung oleh rak-rak tersebut.

Rak buku di sekitar makam Nabi saw
Kawasan makam ni adalah rumah Rasulullah saw. Kat sini juga terletaknya rumah istri-istri Baginda saw. Di sini juga ada ruang rehat Imam Ali, menantu Rasul dan anak kesayangannya Siti Fatimah. Tapi penulis tidak tahu lokasi tepat kawasan tersebut kerana iannya terletak di dalam makam Rasul saw.

Pintu Makam

Setelah keluar melalui pintu Assalam, penulis melalui pula pintu An-Nisa. Masuk sahaja dan toleh ke kiri dah boleh nampak pintu makam. Dengar cerita, pintu ni hanya dibuka 10 tahun sekali untuk tukar kelambu makam-makam dalam tu. Dan hanya orang tertentu sahaja yang diizinkan masuk. Ni macam room service jugak la, cuma diservis beberapa tahun sekali sahaja. Kat depan ni ada disediakan ruang solat. Penulis berkesempatan solat sunat dan fardhu isyak disini. Ramai jugak jemaah yang berebut kawasan ni, sama macam rawdah.

Pintu ke makam Rasul. Sentiasa dikunci.
Sebenarnya, mutawif hanya bawa kami ziarah maqam rasulullah melalui bab assalam sahaja, dan tunjukkan kawasan rawdah. Nak solat dalam rawdah kena buat sendiri-sendiri, mutawif tak dapat bantu. Ada peluang dan kalau rajin ke masjid dapatlah. Ziarah pintu makam ni tak termasuk dalam program mutawif. Ni kena buat sendiri. Kita dah ada dalam masjid, pepandai la explore sana sini. Takkan nak harapkan mutawif sepenuhnya.

Ruang solat
Ada pak syeikh yang jaga kawasan ni.

Polis dan pak syeikh sedang rehat di hadapan pintu. Gambar diatas ni diambil selepas solat mahgrib. Mereka sedang makan disitu. Mungkin sedang berbuka puasa. Penulis dengan rajin mengambil gambar-gambar kat situ. Lepas mereka makan, mulalah pakai jubah dan melalukan tugas sebagai penjaga. Yang dok ambik gambar lagi akan dilarang dan disuruh beredar. Ambil gambar tak salah, cuma kalau keadaan dah sesak, memang akan dilarang berdiri kat situ untuk berselfie.


Boleh nampak makam melalui celah pagar
Selain dari pintu Assalam, boleh juga intai makam Nabi kat sini, kurang sesak skit tapi mengadap dibelakang la. Sebaiknya kalau nak ziarah dan bagi salam, masuk melalui pintu depan.

Disebelah petang mutawif kami akan bawa ke perkuburan Baqi. Perempuan tak boleh masuk, hanya boleh lihat menerusi pagar sahaja. Tapi penulis tak ikut sekali. Semenjak sampai di Madinah, penulis belum lelapkan mata walau sesaat. Penat dan lesu. Tak apalah, Baqi ni letaknya sebelah masjid sahaja...boleh pergi sorang-sorang nanti.


1 comment:

  1. wahh... best tu part lelaki ..kalu hak women byk yg limited .. apa2 pun terbaiki la

    ReplyDelete