Monday, 23 March 2015

Travelog#20 - Masjid Quba

Masjid Qubah

Program lawatan kami yang pertama adalah di masjid ini, masjid ke 4 (Kaabah-Nabawi-Aqsa-Quba) paling suci bagi ummat islam. Masjid Quba adalah masjid yang pertama dibangunkan oleh Rasulullah saw pada 1 hijrah, yakni sejurus sampai sahaja di kota Madinah. Kemudian barulah Rasulullah membangunkan Masjid Nabawi. Ianya terletak 5km dari Masjid Nabawi. Masjid Quba ada disebutkan di dalam Al-Quran dalam surah At-Taubah 108:



"Sesungguhnya masjid itu yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut bagimu (Hai Muhammad) bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri..." (At-Taubah: 108)


Masjid ini didirikan atas dasar ketakwaan. Ada riwayat mengatakan Rasulullah selalu datang solat disini setiap hari Sabtu. Dan Nabi saw berkata siapa yang solat didalamnya akan mendapat pahala 1 umrah. 

Tapi kenapa ianya masjid pertama yang dibina oleh Rasul saw? Bukan Masjid Nabawi? Rasulullah saw berhijrah bersama sahabat-sahabatnya dari kota Makkah. Sebelum itu seramai 70 pengikut Baginda sudahpun berhijrah, diketuai oleh bapa saudara Nabi iaitu Saidina Hamzah. Selepas itu barulah Rasul berhijrah pada malam hari (Ibnu Ishaq). Dalam Sahih Bukhari, Rasul berhijrah pada siang hari...wallahualam. Kaum musyrikin Makkah sudah mengetahui rancangan Rasul untuk berhijrah ke Madinah. Mereka mengumpulkan semua ketua kabilah dari setiap suku kaum, membawa senjata untuk membunuh Rasul. Menjadi satu penghormatan bagi mereka apabila mata pedang yang mewakili kabilah masing-masing dapat menembusi tubuh Rasul.





Tetapi perancangan Allah swt lebih hebat, Saidina Ali bin Abi Thalib, lelaki pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menawarkan diri supaya menggantikan tempat tidur Rasulullah saw tatkala Rasul lari untuk berhijrah ke Madinah. Apabila Rasulullah sampai sahaja di Madinah, beliau disambut oleh penduduk Madinah yang dikenali juga sebagai kaum Ansar. Tetapi seupupu Baginda, Saidina Ali bin Abi Thalib belum tiba. Sementara Rasulullah menunggu Saidina Ali, Rasul membina masjid yang pertama di Madinah, iaitu Masjid Quba. Saidina Ali selamat tiba di Madinah beberapa hari selepas itu. Ada riwayat mengatakan selepas hampir 20 hari. Jarak antara Madinah dan Makah adalah 500km.

Perkerja sedang menggantikan air zamzam
Itulah sejarah Masjid Quba, masjid yang penuh barakah. Tetapi Masjid Quba yang ada sekarang bukanlah yang asal, ianya sudah dirobohkan oleh pemerintah Saudi dan dibina baru diatas tapak yang sama.

No comments:

Post a Comment