Wednesday 25 March 2015

Travelog#32 - Tawaf

Tawaf

Setelah semua melihat Kaabah untuk beberapa minit, kami pun mula melakukan tawaf sebanyak 7 pusingan. Jauh sikit la sebab tawaf bertingkat ni besar, jadi nak habiskan 1 pusingan tu agak jauh berbanding di dataran. Nak tawaf kena ada wudhu dan tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah. Oleh kerana kami duk atas, bab sentuh Kaabah ni tak risau la. Tawaf dipimpin oleh mutawif kami sehingga habis semua pusingan. Permulaan tawaf hendaklah dari Hajarul Aswad dan berakhir disitu juga, barulah cukup 1 pusingan.

Jemaah sedang melakukan tawaf
Tawaf bertingkat
Tawaf adalah hukum umrah yang wajib dibuat. Di sunatkan membuka bahu kanan dan menutup bahu kiri bagi lelaki semasa tawaf. Kena cukup 7 pusingan kerana Nabi Ibrahim as membuat 7 kali pusingan dan menjadikan bahu kirinya sebagai bearing untuk menentukan ketepatan ukuran Kaabah. Pusingan hendaklah mengikut arah lawan jam.

Dataran tawaf pada Mac 2015
Ada 3 tanda permulaan tawaf. Ketiga-tiga tanda tu bermula dari Hajarul Aswad. Oleh kerana orang dah terlalu ramai dan berkemungkinan tak nampak, pemerintah buat lagi tanda lain supaya senang nampak kedudukan Hajar Aswad. Tanda yang pertama ialah garisan dilantai dari bucu Hajarul Aswad hingga ke hujung dataran tawaf. Tapi sekarang dah takda sebab jemaah ramai jadi garisan tu dah tak nampak. Kedua ialah lampu LED hijau seperti dalam gambar dibawah. Lampu tu mengadap tepat ke arah Hajarul Aswad, jadi bila dah sampai kat lampu tu maka bermula atau berakhir lah tawaf.

Lampu hijau LED
Tanda ketiga ialah di Kaabah. Bucu Hajar Aswad dibuat tanda 4 logo khat yang tertulis 'Allahuakbar'. 3 lagi bucu lain tidak ada logo ni. Jadi mudah sahaja nak kenal Hajar Aswad ni letaknya di bucu mana bahagian Kaabah. Bagi mereka yang dah biasa dengan stuktur Kaabah, Hajar Aswad ni terletak di tepi sebelah kiri pintu Kaabah. Antara pintu dan Hajar Aswad tu dipanggil Multazam, antara tempat yang mustajab untuk berdoa. Satu lagi tanda, tapi bukan tanda kekal sebenarnya ialah ada polis dok kat bucu Kaabah sambil pegang payung. Tu tandanya bucu Hajar Aswad lah tu :) Bucu lain takda polis jaga.

4 logo khat tanda bucu Hajar Aswad
Sepanjang bertawaf, mutawif kami membaca doa dan kami hanya ikut beramai-ramai. Cukup 7 pusingan, kami pun pergi untuk melakukan hukum umrah seterusnya, iaitu saie.

No comments:

Post a Comment