Friday, 27 March 2015

Travelog#32 - Saie

Saie

Dah habis 7 pusingan tawaf kami pun pergi untuk melakukan hukum umrah yang ketiga iaitu saie. Oleh kerana kami tawaf di tingkat atas, jalan keluar pun membawa kami ke tingkat atas bangunan saie. Kalau nak tengok bukti Safa dan Marwah kena turun 3 tingkat ke bawah. Malam tu kami semua tak dapat tengok bukit Marwah, tapi bukit Safa boleh jenguk dari atas sebab bukit ni besar dan tinggi. Takpelah, mungkin esok lusa ada peluang boleh tengok.

Singboard untuk ke Bukit Safa
Tingkat 2 bukit Safa
Bukit Safa

Bukit Safa
Jenguk melalui bulatan tu boleh nampak Safa, tapi kalau nak tengok Marwah kena turun tingkat paling bawah. Kami pun mula bersaie dalam kumpulan, berulang alik bermula dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali. Safa ke Marwah dikira 1 kali, dan Marwah ke Safa dikira 1 kali. Jika kita kira, saie akan berakhir di Bukit Marwah. Kalau saie kita berakhir di Bukit Safa, itu tandanya saie belum cukup 7 pusingan atau terlebih 1 pusingan.

Safa Start
Dulu takde bangunan dan bumbung hanya ada laluan pejalan kaki sahaja, bersaie tengah panas lah kalau buat di siang hari. Tapi sekarang dibuat bumbung dan berhawa dingin. Kat tepi laluan saie ada disediakan air zamzam. Boleh berhenti dan minum jika mahu. Ada 2 lorong, pergi dan balik. Jadi Jemaah dari Safa atau Marwah tak akan bertembung satu sama lain. Di tengah-tengah laluan disediakan lorong untuk wheelchair, pun sama ada 2 lorong kecil pergi dan balik supaya tak bertembung.

Jemaah sedang melakukan Saie
Hukum saie ada disebut di dalam Quran surah Al-Baqarah: 158. Saie mengisahkan isteri Nabi Ibrahim as, Siti Hajar berulang alik sebanyak 7 kali dari Safa ke Marwah kerana mencari air untuk anaknya Nabi Ismail as. Ketika itu dia ditinggalkan oleh suaminya Nabi Ibrahim di sini atas perintah Allah swt. Kawasan ni ketika itu kering kontang. Setelah berdoa di Bukit Marwah, akhirnya air memancut keluar dari tanah yang dikenali sekarang sebagai telaga Zam-Zam. Di sinilah juga Rasulullah saw pernah berdiri dan menyeru penduduk Makkah supaya menerima agama Islam secara terbuka setelah mendapat perintah dari Allah swt. 

Lampu hijau tanda berlari-lari anak
Sampai sahaja di lampu hijau, kita disunatkan untuk berlari-lari anak. Di sinilah Siti Hajar mula berlari-lari semasa mencari air. Kalau taknak berlari pun takpa. Akhirnya kami sampai di Bukit Marwah, baru 1 pusingan. Ada 6 pusingan lagi.

Bukit Marwah

Bukit Marwah yang agak curam
Bukit Marwah dari tingkat paling bawah
Bukit ni kecil kalau nak tengok kena turun floor paling bawah. Kalau anda belum nampak bukit Marwah maknanya kena turun bawah lagi. Saie mesti berakhir disini. Ada papan tanda tulis 'End of Saee'. Bila dah cukup 7 pusingan, kenalah bertahalul.

Tahalul

Selesai sahaja 7 pusingan, kena la bertahalul. Tahalul ni hukum umrah yang paling akhir seperti firman Allah swt dalam surah Al- Fath: 27. Makna tahalul ialah berlepas diri dari hukum umrah iaitu dengan menggunting rambut sepanjang ukuran kuku sekurangnya 3 helai. Kalau lebih pun takpa. Bagi lelaki lebih baik jika dibotakkan kepala. Kalau kepala tu dah botak kena cukur, atau total botak sunat melalukan gunting atas kepala. Hendaklah bercukur atau bergunting rambut sendiri dahulu sebelum boleh bercukur/bergunting rambut orang lain.

Buang rambut dalam tong sampah yang disediakan. Kena jagala kebersihan, jangan buang merata-rata. Wanita yang datang haid boleh bertahalul tetapi rambut jangan buang. Masa mandi wajid nanti kena basahkah rambut yang dipotong tadi. Kat Makkah kalau nak cukur kepala cari sahaja kedai yang ada tulis 'Barber'. Ada banyak disekitar hotel tu. Bayaran 10 riyal.

Selepas bertahalul yakni dah gunting rambut, maka kita dah bebas dari pantang larang umrah. Sempurnalah umrah kita. Boleh balik hotel dan tidur.

No comments:

Post a Comment