Thursday, 30 August 2018

Travelog#02 - Pasport dan Visa

Pasport Antarabangsa

Sebelum kita sediakan dokumen yang diperlukan oleh agensi dan kedutaan Saudi, elok jika buat pasport dulu. Lagipun nak ke luar negara mesti kena ada pasport antarabangsa. Pasport kita mestilah ada baki 7 bulan sebelum tamat tempoh. Kalau kurang dari tu, kenalah renew. Nasihat penulis buat pasport dulu, manalah tahukan penat kita sediakan segala macam dokumen tiba-tiba akhirnya tak boleh buat pasport atau nama kita ditahan oleh imigresen untuk ke luar negara.

Banyak dah kes yang berlaku disaat akhir tiba-tiba kena tahan kat airport. Sebenarnya kita boleh check sendiri kat online...untuk memastikan nama kita tidak disenarai hitam oleh imigresen. Boleh layari sspi2.imi.gov.my


Penulis buat pasport pada musim cuti sekolah bulan Disember 2014, tarikh sebenar pakej adalah pada bulan 7 Mac 2015. Kena buat persiapan 2-3 bulan lebih awal. Kami pergi ke Pejabat Imigresen di kompleks PKNS Shah Alam pada hari Sabtu seawal 9 pagi. Tapi nasib kami kurang baik kerana nombor giliran sudah habis, memang pada waktu cuti sekolah biasanya ramai orang tambahan pulak cuti weekend.

Ada yang datang seawal pukul 7 pagi lagi. Untuk makluman semua, pejabat Imigresen di Putrajaya, Shah Alam, Kajang, Seremban dll dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sehingga pukul 1pm. Begitu juga pejabat Imigresen di UTC, ada yang buka sampai pukul 10 malam. Tapi hanya untuk urusan pasport sahaja, untuk urusan lain kenalah datang pada hari Isnin-Jumaat. Untuk waktu urusan sila rujuk di sini http://www.imi.gov.my/index.php/ms/informasi/waktu-urusan

Putrajaya
Memandangkan kami gagal buat pasport pada Sabtu lepas, fikir punya fikir lebih baik datang semula pada hari Isnin, oleh kerana musim cuti kalau datang hari Ahad pun gerenti sama jugak...kemungkinan nombor giliran habis. Bukan tak boleh datang awal, nak solat subuh kat sana pun takda hal, tapi penulis buat sekali dengan wife dan 2 anak kecil.

Memang susahla nak pergi awal. Sampai sahaja di kaunter kami pun bagitau nak buat dan renew pasport...nasib baik nombor masih ada. Mula-mula melangkah masuk ke pejabat Imigresen terkejut jugak tengok ramainya orang yang nak buat pasport...takut terkena lagi sekali. Nombor giliran kami yang ke 200, hampir 5 jam menunggu dari pagi sampai petang barulah tiba giliran kami. Sementara menunggu kami merayau-rayau dulu dalam kompleks.

Dah hampir pukul 5, barulah tiba giliran kami. Sekarang dah tak perlu bawa gambar sendiri, terus snap kat situ jer sama macam kita buat IC. Dinasihatkan pakai pakaian gelap termasuk tudung hitam bagi wanita. Kalau terlupa, tudung hitam disediakan. Jaket gelap untuk dewasa dan kanak-kanak pun ada disediakan. Walaupun boleh buat pasport tapi dah tak sempat diproses sebab pejabat dah nak tutup. Terpaksa kami kena datang ambil semula esok. Selalunya pasport siap 1 jam setelah kita buat bayaran. 


Untuk 2 tahun bayaranya adalah RM100, untuk 5 tahun RM300. Harga ni sah pada Disember 2014. Bagi kanak-kanak, warga emas dan student ada diskaun. Bagi mereka yang nak buat pasport untuk mak ayah atau budak umur 2 tahun ke bawah, imigresen menyediakan nombor khas. Jadi tak perlu tunggu lama sebab memang ada kaunter khusus untuk mereka ni. Ibubapa atau penjaga boleh buat sekali dengan anak di kaunter khas ni.

Pasport tahun 1981
Ini adalah pasport mak penulis. Tak sangka dia masih simpan lagi. Penulis sendiri tak pernah tengok pasport dia. Bila nak pergi renew, barulah dia tunjukkan...siap ada setem lagi tu. Mak penulis renew di Putrajaya. Sampai pegawai imigresen kat situ pun senyum tengok pasport ni, mungkin dia pun tak pernah tengok. 

Lepas tu tunjuk kat kawan sebelah, sama-sama senyum. Rupanya pada tahun 80an pasport Malaysia tidak sah digunakan di negara Albania, China, East Germany, North Korea, North Vietnam dan South Africa. Mungkin mereka berfahaman komunis? Tak macam sekarang, pasport kita hanya tidak sah untuk negara haram Israel sahaja. 

Tapi sebenarnya tak perlu bawa pun, pegawai imigresen tu bagitau bagi yang masih ada baki sebelum tamat tempoh sahaja kena bawa. Kalau dah expired bertahun-tahun tu tak payah bawa pun takpa. Lepas tu pasport lama akan digunting di bahagian tengah kulit pasport.


Apa beza pasport lama dengan baru? Pasport lama hanya setebal 32 muka surat sahaja, manakala yang baru setebal 50 muka surat dengan harga yang sama. Kalau dulu gambar kita berwarna, tapi yang baru ni hitam putih sahaja. Satu lagi pasport baru ada cip di bahagian kulit depan. Apa kegunaan cip tu penulis tak pasti...malas nak ambik tahu. :)

Kepada mereka yang nak buat pasport di Putrajaya, sila ke bangunan bersebelahan dengan HQ Imigresen kerana dah berpindah. Bangunan baru namanya Menara Ikhlas, naik ke aras 3. Kat sini khusus untuk buat pasport sahaja. Dalam bangunan ni takde toilet, bukan takde langsung tapi sedang diselenggara. Mungkin bangunan ni masih baru. Ramai jugak yang komplen dan merungut, sampai marah-marah kat pegawai imigresen. Terpaksalah buang hajat tu kat bangunan HQ. Itu masa Disember 2014, sekarang tak tahulah toilet dalam bangunan tu boleh guna atau belum.

Menara Ikhlas
Parking kereta tu ditempat yang disediakan. Jangan park kat tepi jalan, nanti kena saman. Masa penulis turun dari bangunan dan menuju ke kereta dah nampak banyak jugak kereta yang kena saman. Mungkin mereka pun tak tahu, dah ada kereta yang selamba jer park kat tepi...yang lain pun tumpang sekaki la. Last sekali semua kena saman. So, hati-hati...Putrajaya memang macam tu.


Visa

Selain pasport, kita kena buat 4 keping gambar visa. Biasanya kedai dah tahu, cakap jer nak buat untuk umrah. Ukuran gambar visa adalah 4x6 dan berlatar belakang putih. Muka kita hendaklah di zoom 70-80%. Sama seperti pasport juga, pakaian lelaki dan wanita mestilah gelap dan untuk lelaki tidak boleh memakai apa-apa diatas kepala contoh kopiah.

Gambar Visa
Kenapa nak sampai 4 keping? 1 untuk visa, sekeping lagi untuk buku suntikan dan baki 2 lagi untuk lekat kat pasport dan tag nama. Harga untuk 4 keping gambar ni adalah sekitar RM20 termasuk CD. Siap dalam masa kurang 10 minit.

Bila semua dokumen dah siap, Visa akan dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi sebelum tarikh berlepas. Ada juga kes dimana Visa terlewat dan terpaksa ditunda tarikh. Ada juga tak diluluskan. Andalusia ada memberitahu bahwa ini diluar bidang kuasa mereka. Tetapi alhamdulillah, Visa penulis dan semua jemaah umrah pada Mac 2015 telah diluluskan.

Visa

No comments:

Post a Comment