Benda ni amat-amat mustahak. Siapa yang lupa atau sengaja malas bawa memang akan menyesal. Fungsinya semua dah tahu, untuk call dan terima call, sms, whatsapp, facebook dan sebagainya. Telefon sekarang sudah canggih ada pelbagai fungsi, boleh dijadikan kamera. Kat sana nanti, dengan telefon lah kita nak ambil gambar dan video. Pastikan smartphone tu jenis yang berkualiti yang mampu mengambil gambar yang cantik dan merakam video dalam format HD. Bukannya apa, bagi saya biarlah melabur lebih sikit untuk telefon sebab hasilnya nanti amat memuaskan...simpan untuk kenangan.
Pastikan juga anda membeli memory tambahan yang mencukupi. Ada banyak pilihan, 8, 16 atau 32gb micro memory. Siapa yang suka berselfie tu kenalah beli yang besar lagi. Charger jangan lupa bawa, di Madinah dan Makkah guna 2 round pin. Kat Malaysia 3 pin...jadi memang tak boleh guna plug disana. Tapi jangan risau, di Madinah semua ada jual. Saya memang dah tahu tapi lupa beli sebelum berangkat. Jadi bila sampai sana, saya beli di kedai bawah hotel dengan harga yang agak mahal 5 riyal, waranti seumur hidup. Maksud seumur hidup tu adalah sepanjang anda berada di Madinah. Kalau rosak boleh tukar anytime.
![]() |
| 2 pin jenis round |
![]() |
| Universal adapter, 5 riyal di Madinah. |
![]() |
| Di Madinah hampir semua barang umrah ada dijual. |
Prepaid
Saya beli prepaid arab Mobily (kad warna biru) di terminal KLIA 2. Pihak Andalusia ada menjual dengan harga RM25. Ada 20 Riyal kredit berbual dan sms. Kalau terlupa atau belum beli di Malaysia, sampai Jeddah atau Madinah boleh beli. Kat sana banyak dijual tapi harga dan telco berbeza-beza. Tak perlu cari penjual, mereka akan berpusu-pusu datang kat kita.
Nombor telefon saya di sana adalah 0562438963. Kalau yang pergi berkeluarga, lebih baik beli setiap seorang untuk memudahkan komunikasi. Perlu di ingat, apabila sampai sahaja di Madinah, pasti kita akan terpisah dari kumpulan. Benda ni la yang akan banyak membantu kita nanti.
Kalau nak call nombor Malaysia, hanya perlu tambah +6 di depan nombor. Contoh nombor HP, +6012-xxxxxxxx atau nombor rumah +603-xxxxxxxx. Senang dan mudah sahaja tapi charge mahal la sebab panggilan dikira dari Madinah/Makkah ke Malaysia.
![]() |
| Mobily dan Zain. |
Top-up prepaid banyak dijual. Bersepah-sepah dari serendah 10 riyal. Cara nak topup berbeza ikut telco apa yang kita pakai, atau suruh penjual tu buatkan sahaja.
Internet
Di sana ada banyak free WiFi, kalau rajin boleh la merayau-rayau cari open wifi, ada juga tokey kedai yang murah hati beri internet percuma kepada orang ramai. Pihak hotel juga ada menyediakan Wifi percuma, tapi hanya boleh pakai di lobi sahaja. Naik ke bilik dah tak ada signal. Saya membeli prepaid internet Zain (kad warna pink) di hotel Madinah, Pekerja hotel tu ada jual. Harga 50 riyal untuk 2GB sebulan. Di Makkah pun boleh pakai nanti.
Kalau nak pakai mobily pun boleh tapi charge mahal. Nanti semua kredit habis untuk 3G sahaja. Lebih baik ambik pakej macam yang saya buat. Gunalah internet sampai puas tanpa risau kredit telefon habis. Boleh juga berkongsi dengan ahli keluarga, Setting kan telefon kita sebagai router atau dipanggil Wifi Hotspot atau juga Tethering. Letakkan password, kalau niat nak bersedekah...buat open, boleh sahaja.
Kalau nak pakai mobily pun boleh tapi charge mahal. Nanti semua kredit habis untuk 3G sahaja. Lebih baik ambik pakej macam yang saya buat. Gunalah internet sampai puas tanpa risau kredit telefon habis. Boleh juga berkongsi dengan ahli keluarga, Setting kan telefon kita sebagai router atau dipanggil Wifi Hotspot atau juga Tethering. Letakkan password, kalau niat nak bersedekah...buat open, boleh sahaja.
Ada juga telco kita yang buat pakej roaming khas untuk umrah, jadi tak perlu beli dan tambah sim card lain. Hanya guna nombor asal kita, sampai sahaja di Madinah atau Makkah auto boleh guna internet. Caj bergantung kepada pakej telco masing-masing.
Sim Kad
Prepaid telefon dan internet yang saya beli keduanya bersaiz normal sim. Maknanya saya kena potong dahulu kepada saiz micro atau nano saiz untuk dimasukkan ke dalam slot sim telefon. Jika tak reti boleh sahaja minta penjual disana nanti buatkan tapi kena bayar 5 riyal. Beli melalui Andalusia, kita kena potong sendiri, Jika beli di sana, penjual akan tolong keratkan mengikut format sim telefon kita FOC. Saya memiliki telefon dual sim. Jadi 1 slot untuk nombor asal, satu lagi untuk sim arab.




No comments:
Post a Comment