Khamis 12/3/2015. Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi. Mutawif kami memberi arahan supaya semua berkumpul di lobi hotel. Kami pun mula berjalan menuju ke masjid, berhenti sebentar di dataran. Mutawif memberikan penerangan ringkas sekali lagi tentang hukum tawaf dan saie. Di dinding bangunan Zam-Zam Tower ada skrin TV besar kat situ.
Boleh tengok live keadaan dalam masjid. Mutawif kami suruh semua tengok kat skrin, memang ramai sangat yang sedang tawaf di dataran Kaabah masa ni. Mutawif kami memberi pilihan, samada nak jugak tawaf kat Kaabah atau di tawaf bertingkat. Kalau tingkat atas tak ramai orang jadi pergerakan akan jadi lancar.
Memangla dari segi perasaan dan emosi lebih baik tawaf di dataran, tetapi mutawif kami kata malam ni kita buat atas. Umrah yang kedua atau ketiga baru buat di dataran. Dia tak mahu ambil risiko, maklumlah semua penat..nanti ada yang pitam.

Kaabah |
Kami semua mengikut mutawif masuk ke dalam masjid terus naik escalator ke tingkat atas. Masuk pintu masjid dan berjalan dalam 50 meter sampai di jejantas tawaf yang paling atas. Tawaf Ring atau Tawaf Bertingkat merupakan dataran baru yang dibina oleh kerajaan Saudi bagi menampung jemaah yang semakin ramai. Ianya beroperasi pada tahun 2013 dan hanya khas untuk wheelchair dan orang tua sahaja.
Tapi sekarang dibuka kepada umum. Sampai sahaja di sana, mutawif menunjukkan bangunan Kaabah. Semua jemaah senyap seketika, pertama kali melihat Kaabah. Perasaan bercampur baur. Sedih, haru, gembira, takut...semua ada. Lihat kat bawah tu memang ramai orang yang sedang tawaf. Trafik jadi perlahan dan bersesak-sesak.

Kaabah diasaskan oleh Nabi Adam as dan dibina sekali lagi oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Kaabah adalah kiblat kedua selepas Baitul Maqdis. Semua ummat islam yang melakukan solat menjadikan Kaabah sebagai arah kiblat. Tengok Kaabah ni dapat pahala sebab disini turunnya banyak rahmat.
Pintu Kaabah
Dulu Nabi Ibrahim as buat dua pintu tapi sakarang hanya ada satu buah pintu sahaja. Tingginya dari aras lantai ialah 2 meter dan pintu itu diperbuat dari emas tulen seberat 280 kg yang telah menelan belanja melebihi 13 juta Riyal Arab Saudi. Pintu ini boleh dicapai dengan tangga kayu beroda yang disimpan di dalam Masjidil Haram.

Pintu Kaabah |
Antara tempat yang mustajab untuk berdoa adalah di pintu Kaabah. Sebab tu kalau tengok orang selalu berebut-rebut nak pegang pintu Kaabah. Pintu Kaabah hanya boleh dibuka oleh pewaris Bani Syaibah. Kalau orang lain nak bukak tak boleh, Allah swt tak akan izinkan. Peristiwa ini ada tercatat dalam Quran surah An-Nisaa:58.
Hijir Ismail
Hijir Ismail berbentuk U terletak di utara Kaabah. Kawasan ni merupakan tempat berteduh Nabi Ibrahim as semasa pembinaan Kaabah. Selepas tu menjadi kandang kambing oleh Nabi Ismail as.
Hijir Ismail |
Makam Ibrahim
Makam Ibrahim ni berbentuk sarang burung. Lokasinya beberapa meter menghadap pintu Kaabah. Makam ni bukanlah kubur Nabi Ibrahim tetapi tempat Beliau berdiri semasa membina Kaabah.
Makam Ibrahim |
Semasa Nabi Ibrahim membina Kaabah, Allah swt telah menurunkan sebiji batu dari Syurga. Di atas batu inilah Nabi Ibrahim berdiri, dan meninggalkan kesan tapak kaki beliau. Kesan tapak kaki itu masih jelas boleh dilihat jika diperhatikan dari dekat. Makam ibrahim adalah tempat yang menjadi keutamaan untuk bersolat. Hal ini diterangkan oleh Allah swt di dalam surah Al-Baqarah:125.
Kiswah
Kiswah atau kelambu Kaabah adalah kain hitam yang menutupi Kaabah. Kiswah ditukar setahun sekali pada musim haji. Kiswah dibuat dari kain sutera, dan tulisan khat kaligrafi disulam dengan emas. Setiap tahun, kiswah dipotong dan dibahagikan kepada orang-orang tertentu.
Kiswah |
Warna kiswah adalah hitam, tapi tidak semestinya hitam. Dulu kiswah ditempah dari Mesir dan Yaman dan dihantar ke Saudi. Tapi sekarang pemerintah Saudi membuat kilang kiswah di Makkah.
Hajar Aswad
Hajarul Aswad ni batu dari syurga. Orang yang pertama menemuinya ialah Nabi Ismail as. Lalu Nabi Ibrahim as meletakkannya di bucu Kaabah. Dikatakan batu ini dahulunya bersinar, sehingga boleh nampak dari seluruh tanah Arab. Tapi sekarang dah jadi hitam, kerana telah disentuh oleh jutaan jemaah yang membawa bersama mereka dosa-dosa.
Penulis tidak berkesempatan untuk nak cium batu ni sebab orang terlalu ramai. Sunnah mencium Hajar Aswad kerana Nabi saw buat. Jangan katakan nak cium, nak tengok pun tak boleh. Apa yang penulis dengar, batu ni sekarang dah jadi merah-kemerahan. Wallahuallam.
Hajar Aswad. Sumber Google |
Lokasi dan kedudukan Hajar Aswad ni ialah di bucu sebelah kiri pintu Kaabah. Semasa tawaf, disunatkan mencium batu ni, atau kalau tak dapat cukup hanya melambai ke arahnya sahaja.
Hajarul Aswad & Pintu Kaabah
Video jemaah berebut-rebut untuk mencium Hajarul Aswad dan berdoa di depan pintu Kaabah. Penulis ditolak-tolak oleh jemaah akhirnya sampai hampir di depan Hajarul Aswad, tapi tak dapat cium. Mungkin tiada rezeki lagipun penulis tak ada niat sebenarnya nak cium sebab dah tahu waktu ni memang ramai dan peluang agak tipis, cuma nak ambik video je tapi tak sangka sampai kedepan...hehe.
RUKUN YAMANI
Rukun Yamani ni terletak di salah satu sudut Kaabah. Ianya disebut rukun Yamani kerana sudutnya mengadap ke negara Yaman. Nak kenal Yamani ni mudah je, sebahagian kain Kaabah tidak ditutup di salah satu bucu Kaabah, boleh nampak bucu dinding tu. Orang pun selalu je ramai kat situ, sunnat menyentuh je tak perlu cium.

Rukun Yamani
Di sudut ini setiap jamaah yang thawaf disunnahkan untuk menyalami atau mengusap dengan tangan kanan atau cukup dengan melambaikan tangan ke arah sudut ini dengan mengucap “Bismillah Wallahu Akbar”.
No comments:
Post a Comment