Thursday, 26 March 2015

Travelog#09 - Tiba di KLIA 2

KLIA 2

Setibanya di KLIA 2, kami diberikan tag, paspot dan boarding pass. Tag untuk pengenalan dan untuk beg. Sebelum berlepas, kami juga diberikan taklimat ringkas oleh pegawai Andalusia. Dia beri penerangan mengenai masa berlepas, perjalanan ke checkin counter, keadaan di Madinah dan Makkah, dan serba ringkas mengenai pesawat Airbus. Katanya, dari terminal ke check in mengambil masa lebih kurang 40 minit berjalan kaki untuk yang sihat tubuh badan. Biar betul ni ustaz, katanya lagi, pesawat Airbus atau Boeing ni kena parking hujung sekali sebab besar, tu yang kena kaunter paling hujung. KLIA 2 juga adalah antara airport yang terbesar dunia.

KLIA 2
Ustaz tu cerita, pada musim yang lepas seramai 18 jemaah ketinggalan flight kerana kurang percaya kena berjalan sampai 40 minit? Bukan untuk takutkan jemaah, tapi itulah yang berlaku.

Disitu juga kami berjumpa dengan Mutawif kami untuk kumpulan Bas 1 iaitu Ustaz Anas. Baik orangnya, asal Trengganu...sama dengan penulis. Kira satu geng jugak ni. Sampai sahaja di airport tak perlu kelam kabut, pegawai dan mutawif akan uruskan. Kita hanya tunggu dipanggil untuk check in sahaja. Beg dan bagasi besar check in dekat situ, pegawai yang akan uruskan.

Tag Nama
Boarding pass
Dekat situ ada dijual ubat urut, nosk nozzle dan prepaid arab oleh Andalusia. Kalau belum beli, boleh dapatkan di pejabat Andalusia di KLIA 2.

Kami mula berjalan menuju ke kaunter check in 30 minit sebelum berlepas. Disebabkan kami ni ada bawa budak kecil, kami request untuk gunakan kereta golf. Pegawai tu bawa kami semua naik kereta tu dan menuju ke kaunter Jeddah, hanya 5 minit dah sampai. Tapi untuk ke kaunter tu terpaksa kena turun satu tingkat lagi, dari situ kena jalan kaki.

No comments:

Post a Comment