Pada 11/3/2015, selepas solat zohor dan lunch kami semua memakai ihram, berkumpul di lobi. Bermulalah hukum umrah yang pertama iaitu niat. Penduduk Madinah atau darinya yang ingin menunaikan umrah harus berniat di Bir Ali, letaknya 9km dari kota Madinah. Semua jemaah umrah mesti berniat disini.
Ihram lelaki adalah 2 helai kain yang tidak bercantum. Wanita pakaila apa sahaja asalkan menutup aurat dengan sempurna, seeloknya kain sembanyang. Mutawif kami kata, kalau taknak pakai lagi pun takpa...boleh bersiap di Masjid Bir Ali. Oleh kerana nak menjimatkan masa, kami semua dinasihatkan pakai siap di hotel. Nak pakai ihram bawah sahaja dan ber-tshirt pun boleh. Sampai masjid, pakaila ihram dengan sempurna sebab pakai ihram ni mudah sahaja.
Bir Ali
Dzulhulaifah Bir Ali, itulah nama tempat kami bermiqat. Miqat ni adalah batas sempadan untuk melafazkan niat. Lepas sahaja sempadan miqat, bermulalah pantang larang umrah. Ada 13 kesemuanya. Bas kami berhenti di Masjid Bir Ali...disinilah penduduk Madinah bermiqat.
Persedian terakhir sebelum berniat |
Masjid Bir Ali |
Kami diberi tempoh untuk menunaikan solat sunat ihram, kalau yang nak niat tu boleh buat selepas solat. Atau kalau ada yang tak tahu nak berniat, mutawif akan ajar semasa dalam bas nanti. Dia akan pegang mic, baca dan kita ikut jer. Itulah tugas mutawif. Bukannya tak tahu berniat sebenarnya, tapi sesetengah tu takut tak yakin dengan lafaz niat.
"Labbaik Allah humma labbaik, Labbaik la sharika laka labbaik, Innal hamda, Wan-ni'mata, Laka walmulk, Laa sharika lak."
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".
Itulah talbiyah yang dibaca beramai-ramai dalam bas dipimpin oleh mutawif ustaz Anas. Kami semua menuju kota Makkah, untuk bertemu dengan Kaabah. Bercucuran air mata, sedih kerana meninggalkan kota suci Madinah, dan gembira kerana sampai masanya kami mengerjakan umrah.
Perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa 6 jam. Mutawif dah ingatkan para jemaah, kalau nak tidur jangan letakkan langsir tingkap bas tu diatas kepala. Tujuan nak halang sinaran matahari, tapi tanpa sedar melanggar salah satu hukum umrah iaitu tidak boleh menutup apa-apa pun diatas kepala selepas berniat.
No comments:
Post a Comment