Sudah lama hati ni terasa ingin pergi ke tanah suci Makkah. Melihat rakan dan sahabat yang lain yang sudah beberapa kali sampai ke sana, sedikit rasa iri dihati...alangkah bertuahnya mereka. Sebenarnya siapa yang tak mahu ke sana jika berpeluang, apatah lagi berkemampuan. Dari dok pergi melancong kat Eropah, lebih baik buat umrah.
Sungguh, pengalaman journey umrah tak sama dengan melancong ke tempat lain. Membuatkan kita insaf seketika, air mata sentiasa membasahi pipi dan diri pula terasa sangat dekat dengan-Nya. Setiap kali solat fardhu mahupun sunat, penulis sentiasa berdoa supaya suatu hari nanti, Allah swt mengizinkan kami menjadi tetamu-Nya.
Alhamdulillah, doa kami dikabul oleh-Nya. Pada tahun 2015, kami sekeluarga dapat menjadi tetamu Allah swt. Tak sabar rasanya untuk pergi ke sana, untuk melihat pertama kalinya Kaabah dalam hidup ni.

Famili penulis memilih pakej dari syarikat Andalusia Travel and Tours. Mungkin namanya dah tersohor dari kalangan jemaah haji dan umrah, lagipun tak banyak rungutan dan masalah dari syarikat ni. Tapi kita hanya merancang, Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui. Kami memilih pakej AirAsia X Hilton Towers (KUL-JED).
Kalau lihat kat katalog tu, memang harganya mahal sedikit, mungkin kerana kos hotel 5 star yang terletak berhampiran dengan masjid. Oleh kerana walid dan umi ikut sekali, kami fikir jarak hotel diantara masjidil haram biarlah dekat. Maklumlah, kudrat orang tua tak sama dengan kita. Jarak antara hotel Hilton ke Masjid hanyalah sekitar 50m. Kedudukan Hilton bersebelahan dengan Clock Tower atau ZamZam Tower.
Ada juga pakej hotel yang jaraknya 100, 200 atau 500 meter dari masjid. Walaupun bunyinya hanya 100m, tapi oleh kerana pembangunan dan projek pembesaran masjid akan mengakibatkan banyak debu dan habuk bertaburan. Jalan juga banyak ditutup. Hari-hari jentera dok ketuk sana sini. Sepanjang jalan menuju ke masjid memang banyak debu. Lainlah kalau kiri kanan jalan tu ada taman-taman yang indah dengan udara yang bersih...kalau jarak sampai 500m pun penulis sanggup berjalan, 1km pun sanggup lagi.
Pakej ni banyak, ada macam-macam harga...murah dan mahal. Harga sampai RM50K pun ada, yang ni selalunya ditempah oleh VIP. Tapi tu semua bergantung kepada kemampuan kita. Kalau ambil pakej murah yang serendah RM5000, mungkin jarak hotel kita agak jauh dengan masjid. Jauhnya sampai hampir 1km pun ada. So...pilihnya yang dekat dengan masjid, supaya senang nak berulang alik.
Pembangunan di Makkah ni sentiasa ada dan tak akan habis. Habuk dan debu kadang-kadang boleh membawa kepada masalah kesihatan, debu simen ni tak sama dengan debu tanah. Tambahan pulak jika kita pergi pada musim panas antara bulan Mei sampai musim haji yang suhunya boleh mencecah 45 celcius. Kalau kat Malaysia suhu purata 35 celcius saja, itu pun dah rasa nak pitam. Memang keadaan kat sana pada waktu tu kering dan berdebu...kadar kelembapan (humadity) juga rendah.
Walau dok berteduh bawah bumbung pun boleh berpeluh dan terasa bahangnya. Kalau nak jemur tuala tak payah susah-susah sangkut penyidai kat luar, cukup gantung dalam bilik hotel...sekejap jer kering.
Kalau lihat kat katalog tu, memang harganya mahal sedikit, mungkin kerana kos hotel 5 star yang terletak berhampiran dengan masjid. Oleh kerana walid dan umi ikut sekali, kami fikir jarak hotel diantara masjidil haram biarlah dekat. Maklumlah, kudrat orang tua tak sama dengan kita. Jarak antara hotel Hilton ke Masjid hanyalah sekitar 50m. Kedudukan Hilton bersebelahan dengan Clock Tower atau ZamZam Tower.
Ada juga pakej hotel yang jaraknya 100, 200 atau 500 meter dari masjid. Walaupun bunyinya hanya 100m, tapi oleh kerana pembangunan dan projek pembesaran masjid akan mengakibatkan banyak debu dan habuk bertaburan. Jalan juga banyak ditutup. Hari-hari jentera dok ketuk sana sini. Sepanjang jalan menuju ke masjid memang banyak debu. Lainlah kalau kiri kanan jalan tu ada taman-taman yang indah dengan udara yang bersih...kalau jarak sampai 500m pun penulis sanggup berjalan, 1km pun sanggup lagi.
Jarak hotel Hilton hanyalah 50m. |
Pembangunan di Makkah ni sentiasa ada dan tak akan habis. Habuk dan debu kadang-kadang boleh membawa kepada masalah kesihatan, debu simen ni tak sama dengan debu tanah. Tambahan pulak jika kita pergi pada musim panas antara bulan Mei sampai musim haji yang suhunya boleh mencecah 45 celcius. Kalau kat Malaysia suhu purata 35 celcius saja, itu pun dah rasa nak pitam. Memang keadaan kat sana pada waktu tu kering dan berdebu...kadar kelembapan (humadity) juga rendah.
Walau dok berteduh bawah bumbung pun boleh berpeluh dan terasa bahangnya. Kalau nak jemur tuala tak payah susah-susah sangkut penyidai kat luar, cukup gantung dalam bilik hotel...sekejap jer kering.
Projek pembesaran masjid |
Kami memilih untuk pergi umrah pada bulan Mac hampir dengan cuti sekolah. Musim sejuk di Makkah adalah antara November sehingga Mac, tapi waktu puncak antara Januari dan Feb, suhu di Madinah dan Makkah pada masa tu boleh mencecah sehingga 12 celcius. Sekali sekala nak jugak rasa sejuk. Suhu Madinah lebih sejuk dari Makkah.
Jemaah yang datang dari negara sejuk atau yang memang duduk kat kutub tak hairan pun, tapi kita yang tinggal kat Malaysia ni yang memang negara panas kalau boleh pergilah umrah pada musim sejuk. Bukan apa, hanya untuk sedikit keselesaan ketika beribadah...tambahan pulak famili penulis termasuk 3 orang anak kecil. Kalau kita yang dewasa pun tak tahan dengan panas, apatah lagi budak kecil.

Yang bestnya pakej Andalusia ni, kita boleh buat umrah sehingga 3 kali. Sekali umrah wajib, yang dua lagi sunat...maknanya tak nak buat pun takpa. Sesetengah agensi hanya buat sekali sahaja (umrah wajib). Tapi tu semua bergantung pada kemampuan. Bagi penulis lagi banyak umrah, lagi bagus sebab alang-alang dah sampai ke sana kita buatlah amal sebanyak yang mungkin. Boleh buat umrah badan untuk si mati.
Dalam catalog disediakan juga jadual perjalanan dan ziarah. Antara tempat-tempat bersejarah yang dibawa utuk ziarah adalah perkuburan Baqi, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, kilang Al-Quran, pasar kurma dan medan Khandaq. Ini untuk ziarah semasa di Madinah. Untuk ziarah Makkah pula, kita akan dibawa ke Jabal Thur, Jabal Rahmah, Arafat, ladang unta, muzium dll.
Bukan salah jemaah yang pilih agensi tu, tapi pengurusan agensi bersikap tamak haloba. Sampai sanggup bercakap bohong dan menipu dengan menggunakan perwatakan alim dan warak untuk pengaruhi orang. Tapi insyaallah, agensi yang famili penulis pilih ni ada dah reputasi yang cukup baik bagi penulis. Kalau ada sedikit kekurangan tu, kita abaikanlah. Nobody is perfect. Mudah-mudahan semua perancangan berjalan dengan lancar.
Untuk memastikan kita tak tertipu dengan agensi umrah yang bermasalah, sila semak di Jabatan Wakaf Haji dan Umrah (JAWHAR). Pastikan agensi yang kita pilih berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi. Sila layari http://intranet.jawhar.gov.my/umrah/p_panduan.php atau http://www.jawhar.gov.my
Andalusia ada memberikan sebuah manasik atau buku panduan umrah dan ziarah setebal 198 muka surat setiap seorang selain dari beg besar, kecil dan sandang. Buku ni ditulis oleh Ustaz Daud Che Ngah. Rasanya semua kenal siapa dia ni. Dalam buku ni kita diajar cara nak buat umrah secara terperinci siap sekali dengan doa-doa. Kalau ada yang belum tahu tentang hukum umrah boleh belajar dalam buku ni selain kursus. Bagi mereka yang memang suka menghafal doa, penulis syorkan baca buku ni sampai habis. Tapi penulis baca yang basic jer...bab doa tu penulis selalu skip.
Dalam buku panduan ni juga ada disertakan banyak diagram untuk memudahkan pemahaman terutama bab tawaf dan saie. Bab-bab lain pun sama jugak, penerangan yang padat berserta dengan gambar.
Dalam buku panduan ni juga ada disertakan banyak diagram untuk memudahkan pemahaman terutama bab tawaf dan saie. Bab-bab lain pun sama jugak, penerangan yang padat berserta dengan gambar.
Kaabah |
umrah package 2017
ReplyDeletebinqasim travels present best umrah package 2017 at affordable price with best facilities.Now book your
desireable umrah package in very cheap price,this ramzan book the journey of your life time with bin
qasim travels.bin qasim travels offers best umrah package in karachi, you can see our packages at our
website.
Tuan puan yang ingin menunai umrah dan perbelanjaan yang sederhana boleh merancang pengurusan perjalanan umrah sendiri. Ikuti perbincangan dengan menyertai ku,pulan perbincangan melalui link ini:-
ReplyDeletehttps://t.me/joinchat/AAAAAD9tUmcuQR4-JM8E2Q
Terima kasih
umrah package 2017
ReplyDeletebinqasim travels present best umrah package 2017 at affordable price with best facilities.Now book your desireable umrah package in very cheap price,this ramzan book the journey of your life time with bin qasim travels.bin qasim travels offers best umrah package in karachi, you can see our packages at our website.
umrah packages, karachi, ramdan umrah
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Terima kasih banyak info menarik
ReplyDelete