Friday 27 March 2015

Travelog#31 -Telaga Zam-Zam

Telaga Zam-Zam

Penulis tak dapat tengok atas sebab-sebab tadi. Tapi penulis nak cerita sikit tentang kedudukan dan lokasi telaga ni. Air zamzam dilarang eksport. Tapi untuk jemaah umrah dan haji diberikan percuma dan boleh dibawa balik. Telaga ni tak pernah kering, dan lokasinya hanya beberapa meter dari Kaabah.


Dulu permukaan telaga ni timbul menyebabkan jemaah susah nak tawaf. Oleh kerana jumlah jemaah yang semakin ramai, maka telaga ni diratakan. Air zamzam diberikan percuma kepada semua orang. Nak isi dalam tong pun boleh. Kat luar masjid ada banyak paip air zamzam. Boleh minum sampai puas. Pergi la kat mana-mana bahagian masjid sama ada didalam atau diluar, jemaah dengan mudah akan jumpa tong atau paip zamzam.

Air Zam-Zam di dataran masjid.
Sejarah

Umat Islam percaya telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.

Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam.

Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.

Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.

No comments:

Post a Comment