Suhu sejuk masih terasa walau dah hampir ke penghujungnya. Musim sejuk di Madinah adalah sekitar bulan Jan-Mac. Paling sejuk pada bulan Januari. Hari ni free takda program ziarah, Jadi penulis ambil peluang ni untuk meninjau keadaan sekeliling masjid. Apa yang ada disana, dan bagaimana suasananya.
Kat sini penulis jadi lone ranger, kalau rasa nak merayau tak ajak sesiapa melainkan dah janji untuk pergi bersama. Tapi kalau ada masa terluang, selalunya selepas solat...penulis akan merayau tawaf keliling kawasan masjid.

KFC depan dataran burung |
Kat sekitar hotel tu ada banyak kedai. KFC pun ada. Memang beratur panjang kalau waktu lunch. Sampai ke kaki lima tu. Wife nak beli whipped potato, tapi takda jual. Pelik jugak...agaknya orang arab ni tak pandai makan benda ni, jual tak laku sebab tu takda. Last skali beli fries sahaja.
Depan KFC tu ada roundabout kecil, kat tengah roaundabout tu ada menara jam burung. Sekitar tu banyak orang jual top-up telefon. Kawasan ni hanya ada bangunan hotel. Macam-macam hotel, bawah hotel tu ada kedai. Kedai farmasi, runcit, fesyen, restoran dan banyak lagi.

Menara Jam Burung
Menara jam burung merpati. Ada pagar di sekelilingnya. Kat situ ada dijual dedak dan kacang untuk diberi makan kat burung tu. Bersepah-sepah makanan orang dok tabur sampai burung tu dah takde selera nak makan. Wife bawa kacang hijau yang dibeli kat Malaysia. Tabur je berduyun-duyun burung tu datang.
Memang nampak selera sungguh. Berebut-rebut dok kutip kacang hijau tu. Burung tu memang suka kacang hijau, bukan senang nak dapat ni. Hari-hari makan dedak jer, mesti burung tu dah muak. Jauh kacang ni travel. Rezki burung yang kami bawa dari Malaysia. Ada pekerja yang akan tolong bersihkan makanan yang bersepah kat situ.
Dia akan sodok dengan penyodok. Mau tak banyak, datang sorang beli dedak dan tabur, datang pulak sorang lagi buat benda yang sama. Burung tu bukan makan pun. Jadi dedak tu akan jadi sampah akhirnya.

Menara jam burung |
Menara jam ni juga dekat dengan pintu masjid. Pintu nombor berapa penulis tak ingat tapi betul-betul depan masjid. Ada polis yang sentiasa meronda dengan jip kat kawasan tu. Yang penulis sempat ingat, menara ni juga dekat dengan hotel Hilton
Hilton Madinah |
Boleh sahaja jalan kat celah-celah hotel tu tapi takut sesat. Kalau rasa tersesat, tanya je orang atau penjual kat mana hotel kita. Kalau dia tak tahu, tanya arah mana nak pergi masjid. Tapi kalau anda tu jenis yang pemalu sangat, lepak dulu kat situ, tunggu orang bang. Pastu ikut sahaja orang ramai, mereka semua akan menuju ke masjid. Dah ada ramai jemaah yang sesat sampai mutawif pergi cari. Jadi berhati-hati ketika merayau.
Sempat tengok orang repair payung tak kembang penuh |
Keluar je pintu ditepi jalan ramai penjual yang jual kain baju, abaya dengan kereta tolak. Kurma dan coklat pun ada. Yang jual atas jalan dan kaki lima pun ramai. Polis sentiasa ada disitu. Bila azan, semua kedai diarah tutup, termasukla kedai makan. Barang semua tinggal gitu je, tak ada siapa pun nak mencuri sebab takut kepada hudud, Jika tertangkap, potong tanganlah jawapnya. Itulah indahnya Islam, nampak macam zalim tetapi ada hikmah disebaliknya.
Barang tinggal macam tu sahaja, tokey dah pergi masjid |
Memang banyak kedai, kalau ada barang keperluan yang belum cukup boleh beli kat sini. Harga bergantung kepada barang, ada murah dan ada yang tak masuk akal. Dari hotel ke masjid memang penuh dengan kedai kiri dan kanan. Kedai shop lot yang disewa dibawah hotel-hotel tu hanya dibuka ketika business hour. Tapi penjual dengan tikar dan kereta tolak tu sebelum subuh dah ada sehingga lewat malam.
Kedai sepanjang lorong hotel |
Peniaga depan masjid |
Jubah wanita, Memang murah |
Jual dengan kereta sorong |
Ada banyak jenis coklat dan gula-gula |
Harga memang murah, tapi kualiti sepadan dengan harga. Boleh dikatakan semuanya made in china. Kopiah yang penulis beli pun dari china. Peniaga ni walau nampak macam orang susah tapi tak lokek bersedeqah. Penulis beli selendang 3 helai, sehelai 10 riyal.
Dia bagi 2 kopiah putih free sebagai hadiah, halal katanya. Kopiah tu kalau nak beli harga 2 riyal. Kalu kat Malaysia rasanya belum jumpa peniaga yang macam ni. Kalau ada pun masa Ramadhan, orang kita ni buat baik setahun sekali je.

Panorama sekitar masjid nabawi |
Masjid Ali bin Abi Thalib
Takda dalam program mutawif, penulis pergi sendiri. Sebenarnya banyak tempat bersejarah sekitar masjid Nabawi. kena pandaila cari peluang ziarah tempat yang macam ni. Lokasinya tak jauh dari masjid. Keluar dari pintu nombor 7 dah boleh nampak menaranya. Kat situ juga ada Masjid Ghamama dan Masjid Abu Bakr. Ketiga-tiga masjid ni letak bersebelahan antara lain.
Masjid Imam Ali bin Abi Thalib |
Masjid ni didirikan oleh Umar bin Abdul Aziz, khalifah bani Umayyah tahun 87-93 hijrah. Masjid ini dibina sebagai mengenang jasa Imam Ali. Ada riwayat mengatakan Rasul saw pernah solat di masjid ini. Ada juga riwayat yang mengatakan tapak ini dahulunya rumah Imam Ali as. Ada 7 buah kubah kesemuanya, dan kubah mihrab yang mengadap kiblat adalah yang paling besar.
Berkunci |
Masjid dah tak digunakan lagi. Semua pintunya berkunci. Dan ada pak syeikh yang jaga kat depan pintu tu. Penulis datang ziarah 2 kali, kali kedua pada tengah malam hampir waktu subuh kerana bawa walid ziarah. Masa ni takde siapa pun yang jaga.
Kosong, sepi, sunyi...gelap gelita. Dengar cerita pemerintah Saudi akan merobohkan masjid ni. Penulis tengok dah banyak jentera berat ada dikawasan tu. Kiri dan kanan masjid ni dah didirikan bangunan baru.

Dalam masjid ni ada sebatang pokok kurma. Pokok ni adalah yang asli hidup pada zaman Rasul dan Imam Ali. Selama lebih 1400 tahun ia bertahan, akhirnya mati juga. Semua pelepahnya dah kering kontang, batangnya hampir tersungkur menyembah bumi. Sayang, penulis tak berkesempatan lihat semasa ianya masih hidup. Gambar dibawah beberapa tahun ke belakang, pokoknya ketika ini masih segar.
Sumber Google |
Masjid ni letaknya bersebelahan Masjid Abu Bakar, dekat juga dengan Masjid Imam Ali. Kenapa disebut Ghanama? Ghanamah ertinya awan mendung. Semasa musim kemarau, Rasulullah saw berdiri disitu untuk meminta hujan dan melakukan solat Istiskah.
Sejurus selepas berdoa, awan mendung pun datang dan hujan pun turun. Dibuat masjid sebagai mengenang peristiwa ini. Masjid ini pun akan dirobohkan. Penulis tak boleh masuk kerana jalan utama dah ditutup untuk kerja-kerja construction.

Masjid Ghamama |
Masjid ni terletak bersebelahan antara Masjid Imam Ali dan Ghamama. Riwayat ada memceritakan bahwa inilah tapak rumah Abu Bakar. Rasulullah juga pernah solat Hari raya disini. Penulis tidak ada peluang nak masuk kerana semua jalan dah dipagar. Hanya nampak menara sahaja kerana Masjid ini adalah yang paling kecil disitu. Masjid ini juga akan dirobohkan dalam masa terdekat.
Masjid Abu Bakar |
Sumber Google |
Yang ni pun bukan salah satu dari program Andalusia bahkan mutawif kami langsung tak sebut tempat ni. Bagi jemaah yang tak tahu, memang tak datang ziarah la. Lokasinya tak jauh dari masjid-masjid ni, lebih kurang 100 meter dari situ. Dahulunya adalah dewan kaum Ansar dari kabilah Bani Saidah. Di sinilah mereka berkumpul untuk bermusyawarah. Kawasan ni dahulunya luas, tapi sekarang dijadikan taman.
Saqifah Bani Saidah |
Apa yang menariknya tempat ini? Disinilah Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah Islam yang pertama selepas Rasul wafat. Tapi kenapa di Saqifah, bukan di Masjid Nabawi? Sejarah menceritakan hanya beberapa jam selepas Rasul wafat, kaum Ansar berkumpul disini untuk melantik khalifah dari kalangan mereka, kerana mereka rasa lebih berhak.
Kaum Ansar paling banyak membantu Rasulullah dalam menyebarkan dakwah, yang syahid semasa perang pun ramai. Apabila kaum Muhajirin mendapat tahu, mereka memberitahu Abu Bakar dan Umar, segeralah mereka datang ke Saqifah.

Sekarang dijadikan taman |
Terdapat sedikit kekecohan dan perebutan kuasa antara Muhajirin dan Ansar. Tetapi akhirnya mereka semua berpakat membaiah Abu Bakar sebagai khalifah. Tempat ini merupakan salah satu sejarah Madinah yang penting. Semua pintu taman dikunci, dan tidak dibenarkan masuk. Hanya boleh lihat dari pagar sahaja.
Muzium Al-Quran
Muzium ni terletak di tengah Masjid Nabawi. Kena naik tingkat tiga. Dalam ni ada pelbagai Al-Quran tulisan tangan semenjak zaman Uthman bin Affan. Penulis tak sempat nak pergi kat sini. Masa 4 hari di Madinah terlalu singkat untuk explore kesemua tempat-tempat menarik di sekitar Masjid.
Pengetahuan Mutawif tentang selok-belok Masjid Nabawi dan kemahiran dia tentang sejarah Madinah juga amat penting. Kalau boleh, mintalah disediakan Mutawif yang mahir dan tahu banyak perkara dari agensi. Ianya sangat membantu apabila berada disana nanti.

No comments:
Post a Comment