Setelah hampir 5 jam bertolak dari airport Jeddah, akhirnya kami sampai di kota Madinah. Lebih kurang sepuluh minit sebelum sampai di hotel, kami dikejutkan oleh mutawif dengan selawat. Kami berselawat beramai-ramai. Ada yang sebak dan menangis sebab dah nampak Masjid Nabawi yang tersergam indah, dihiasi dengan lampu yang berkilauan. Memang sebak, walaupun masih bingung sebab baru bangun tidur, tapi mata ni disegarkan oleh permandangan Masjid Nabawi yang bagi penulis cukup cantik dan indah. Tu nampak dari jauh, belum masuk ke dalam lagi.
Masjid Nabawi |
Kami sampai di hotel pada pukul 1 pagi. Setelah semua beg dipunggah masuk ke lobi, kami berehat sebentar sementara menunggu arahan mutawif. Yang mata merah dan asyik menguap pun ramai, agaknya dah tak sabar nak ambil kunci bilik.
Sejarah Madinah
Dulu namanya Yathrib, setelah Rasulullah berhijrah, Baginda saw menukar namanya kepada Madinah. Maksud Madinah ialah 'Kota yang Bercahaya'. Dulunya mundur, tapi selepas Nabi saw hijrah, semakin ramai orang datang. Dan menjadi sebuah kota yang maju. Madinah mengalami beberapa kali peperangan. Penduduk Madinah bermusuhan dengan penduduk Makkah. Makkah pada ketika itu dipimpin oleh kaum musyrikin atau kafir Quraish. Tetapi kota Madinah dapat dipertahakan sehinggalah sekarang.
Madinah ialah kota kedua paling suci bagi ummat islam. Disinilah terdapat makam Rasulullah, sahabat, isteri dan ahli keluarga Beliau saw. Sebelum buat umrah, lazimnya ummat islam datang ziarah dulu sebagai tanda penghormatan dan kasih kepada Baginda saw. Jika sudah buat umrah pun, destinasi terakhir sebelum pulang mestilah di Madinah.
Penduduk Madinah
Semua penduduk Madinah adalah 100% orang islam, Jumlah pendudukya 1 juta. Non-muslim diharamkan tinggal di kota Madinah sampai kiamat. Sebab tu la dipanggil tanah haram Madinah. Jadi kalau kita nak bersedeqah, bagi la kat sesiapa pun sebab memang dia orang islam. Peminta sedeqah di sekitar masjid memang ramai. Kat sini pelbagai bangsa penulis jumpa. Kulit cerah, kelabu, coklat, hitam berkilat pun ada. Semuanya muslim. Setiap kali azan, mereka pun berpusu-pusu ke masjid. Seronok rasanya tengok permandangan sebegini.
No comments:
Post a Comment