Setiap dari kita mesti ada keinginan untuk ke tanah suci Makkah. Melihat rakan dan sahabat yang lain yang sudah beberapa kali sampai ke sana, sedikit rasa iri dihati...alangkah bertuahnya mereka. Sebenarnya siapa yang tak mahu ke sana jika berpeluang, apatah lagi berkemampuan. Bagi kami dari habiskan duit pergi melancong kat negara lain, lebih baik buat umrah...biarpun sampai 100x.
Pengalaman journey umrah tak sama seperti melancong ke tempat lain. Membuatkan kita insaf seketika, air mata sentiasa membasahi pipi dan diri pula terasa sangat dekat dengan-Nya. Setiap kali solat fardhu mahupun sunat, saya sentiasa berdoa supaya suatu hari nanti, Allah swt mengizinkan kami menjadi tetamu-Nya.
Alhamdulillah, doa kami dikabul oleh-Nya. Pada tahun 2015, kami sekeluarga dapat menjadi tetamu Allah swt. Melihat sendiri di depan mata dan menyentuh Kaabah adalah pengalaman yang paling menakjubkan bagi seorang muslim.

Famili saya memilih pakej dari syarikat Andalusia Travel and Tours. Mungkin namanya dah tersohor dari kalangan jemaah haji dan umrah, lagipun kami tak dengar banyak rungutan dan masalah dari agensi ni. Tapi kita hanya merancang, Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui. Kami memilih pakej AirAsia X Hilton Towers (KUL-JED).
Kalau lihat kat katalog tu, memang harganya mahal sedikit, mungkin kerana kos hotel 5 star yang terletak berhampiran dengan masjid. Oleh kerana walid dan ummi ikut sekali, kami fikir jarak hotel diantara masjidil haram biarlah dekat. Kudrat orang tua tak sama dengan kita. Jarak antara hotel Hilton ke Masjid hanyalah sekitar 50m. Kedudukan Hilton bersebelahan dengan Clock Tower atau ZamZam Tower.
Ada juga pakej hotel yang jaraknya 100, 200 atau 500 meter dari masjid. Walaupun bunyinya hanya 100m, tapi oleh kerana pembangunan dan projek pembesaran masjid akan mengakibatkan banyak debu dan habuk bertaburan. Jalan juga banyak lencongan dan ditutup. Hari-hari jentera berkerja ketuk sana sini siang & malam. Sepanjang jalan menuju ke masjid memang banyak debu. Ini situasi terkini di Makkah yang diberitahu oleh agensi pada tahun 2015.
Pakej ni banyak, ada macam-macam harga...murah dan mahal. Harga sampai RM50K pun ada, yang ni selalunya ditempah oleh VIP. Tapi tu semua bergantung kepada kemampuan kita. Kalau ambil pakej murah yang serendah RM5000, mungkin jarak hotel kita agak jauh dengan masjid. Jauhnya sampai hampir 1km pun ada. Jadi...jika mampu pilihlah yang paling dekat dengan masjid, supaya senang nak berulang alik setiap hari.
Pembangunan di Makkah ni sentiasa ada dan tak akan habis. Habuk dan debu kadang-kadang boleh membawa kepada masalah kesihatan, debu simen ni tak sama dengan debu tanah. Tambahan pulak jika kita pergi pada musim panas antara bulan Mei sampai musim haji yang suhunya boleh mencecah 45 celcius. Kalau kat Malaysia suhu purata 35 celcius saja, itu pun dah rasa nak pitam. Memang keadaan kat sana pada waktu tu kering dan berdebu...kadar kelembapan (humadity) juga rendah.
Walau berteduh bawah bumbung pun boleh berpeluh dan terasa bahangnya. Kalau nak jemur tuala tak payah susah-susah sangkut penyidai kat luar, cukup gantung dalam bilik hotel...sekejap jer kering.
Kalau lihat kat katalog tu, memang harganya mahal sedikit, mungkin kerana kos hotel 5 star yang terletak berhampiran dengan masjid. Oleh kerana walid dan ummi ikut sekali, kami fikir jarak hotel diantara masjidil haram biarlah dekat. Kudrat orang tua tak sama dengan kita. Jarak antara hotel Hilton ke Masjid hanyalah sekitar 50m. Kedudukan Hilton bersebelahan dengan Clock Tower atau ZamZam Tower.
Ada juga pakej hotel yang jaraknya 100, 200 atau 500 meter dari masjid. Walaupun bunyinya hanya 100m, tapi oleh kerana pembangunan dan projek pembesaran masjid akan mengakibatkan banyak debu dan habuk bertaburan. Jalan juga banyak lencongan dan ditutup. Hari-hari jentera berkerja ketuk sana sini siang & malam. Sepanjang jalan menuju ke masjid memang banyak debu. Ini situasi terkini di Makkah yang diberitahu oleh agensi pada tahun 2015.
![]() |
| Jarak hotel Hilton hanyalah 50m. |
Pembangunan di Makkah ni sentiasa ada dan tak akan habis. Habuk dan debu kadang-kadang boleh membawa kepada masalah kesihatan, debu simen ni tak sama dengan debu tanah. Tambahan pulak jika kita pergi pada musim panas antara bulan Mei sampai musim haji yang suhunya boleh mencecah 45 celcius. Kalau kat Malaysia suhu purata 35 celcius saja, itu pun dah rasa nak pitam. Memang keadaan kat sana pada waktu tu kering dan berdebu...kadar kelembapan (humadity) juga rendah.
Walau berteduh bawah bumbung pun boleh berpeluh dan terasa bahangnya. Kalau nak jemur tuala tak payah susah-susah sangkut penyidai kat luar, cukup gantung dalam bilik hotel...sekejap jer kering.
![]() |
| Projek pembesaran masjid |
Kami memilih untuk pergi umrah pada bulan Mac hampir dengan cuti sekolah. Musim sejuk di Makkah adalah antara November sehingga Mac, tapi waktu puncak antara Disember hingga Februari, suhu di Madinah dan Makkah pada masa tu boleh mencecah sehingga 12 celcius. Sekali sekala nak jugak rasa sejuk. Suhu Madinah lebih sejuk dari Makkah.
Jemaah yang datang dari negara sejuk tak hairan pun, tapi kita yang tinggal kat Malaysia yang memang cuaca panas kalau boleh pergilah umrah pada musim sejuk. Bukan apa, hanya untuk sedikit keselesaan ketika beribadah...tambahan pula dalam famili ada 3 anak kecil. Kalau kita yang dewasa pun tak tahan dengan panas, apatah lagi budak kecil.

Yang bestnya pakej Andalusia ni, kita boleh buat umrah sehingga 3 kali. Sekali umrah wajib, yang dua lagi sunat...maknanya tak nak buat pun tak apa. Sesetengah agensi hanya buat sekali sahaja (umrah wajib). Tapi tu semua bergantung pada kemampuan. Bagi saya lagi banyak umrah, lagi bagus sebab alang-alang dah sampai ke sana kita buatlah amal sebanyak yang mungkin. Boleh buat umrah badan untuk si mati.
Dalam katalog disediakan juga jadual perjalanan dan ziarah. Antara tempat-tempat bersejarah yang dibawa utuk ziarah adalah perkuburan Baqi, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, kilang Al-Quran, pasar kurma dan medan Khandaq. Ini untuk ziarah semasa di Madinah. Untuk ziarah Makkah pula, kita akan dibawa ke Jabal Thur, Jabal Rahmah, Arafat, ladang unta, muzium dll.
Bukan salah jemaah yang pilih agensi tu, tapi pengurusan agensi bersikap tamak haloba. Sampai sanggup bercakap bohong dan menipu dengan menggunakan dalil agama, berselindung di sebalik perwatakan alim dan warak untuk pengaruhi orang. Tapi insyaallah, agensi yang dipilih ni sudah ada reputasi yang cukup baik dan meyakinkan bagi saya. Kalau ada sedikit kekurangan tu, kita abaikanlah. Tiada yang sempurna. Mudah-mudahan semua perancangan berjalan dengan lancar.
Untuk memastikan kita tak tertipu dengan agensi umrah yang bermasalah, sila semak di Jabatan Wakaf Haji dan Umrah (JAWHAR). Pastikan agensi yang kita pilih berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi. Sila layari http://intranet.jawhar.gov.my/umrah/p_panduan.php
Andalusia ada memberikan sebuah manasik atau buku panduan umrah dan ziarah setebal 198 muka surat setiap seorang selain dari beg besar, kecil dan sandang. Buku ni ditulis oleh Ustaz Daud Che Ngah. Rasanya semua kenal. Dalam buku ni kita diajar cara nak buat umrah secara terperinci siap sekali dengan doa-doa. Kalau ada yang belum tahu tentang hukum umrah boleh belajar dalam buku ni selain kursus. Bagi mereka yang memang suka menghafal doa, saya syorkan baca buku ni sampai habis. Tapi saya baca yang basic jer...bab doa tu saya selalu skip 😉
Dalam buku panduan ni juga ada disertakan banyak diagram untuk memudahkan pemahaman terutama bab tawaf dan saie. Bab-bab lain pun sama jugak, penerangan yang padat berserta dengan gambar.
Dalam buku panduan ni juga ada disertakan banyak diagram untuk memudahkan pemahaman terutama bab tawaf dan saie. Bab-bab lain pun sama jugak, penerangan yang padat berserta dengan gambar.
![]() |
| Kaabah |